SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

2 warga S’pura antara 17 ditahan kerana kesalahan imigresen di M’sia

2 warga S’pura antara 17 ditahan kerana kesalahan imigresen di M’sia

Mar 25, 2026 | 3:03 PM

2 warga S’pura antara 17 ditahan kerana kesalahan imigresen di M’sia

Sebahagian individu yang ditahan Unit Penguat Kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, atas pelbagai kesalahan imigresen.
Sebahagian individu yang ditahan Unit Penguat Kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, atas pelbagai kesalahan imigresen. - Foto FACEBOOK AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Seramai 17 individu termasuk dua warga Singapura ditahan oleh Unit Penguat Kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, atas pelbagai kesalahan imigresen.

AKPS dalam satu kenyataan, berkata semua tangkapan pada hari ketiga Syawal pada 23 Mac itu, dilakukan Unit Penguat Kuasa AKPS hasil pemantauan 24 jam di kawasan berkenaan.

Menurut AKPS, tangkapan dibuat setelah pemeriksaan rapi mendapati individu itu memasuki BSI tanpa kebenaran atau gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.

Daripada yang ditahan, 11 adalah warga Indonesia; dua warga Singapura; dan seorang warga Mesir.

Tiga lagi ialah warga Malaysia, disyaki pemandu yang membantu pergerakan mereka.

Kenyataan AKPS pada 24 Mac turut menyebut, empat kenderaan disita di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), dan Seksyen 55E akta yang sama, yang menjanjikan hukuman berat bagi kesalahan masuk tanpa dokumen, tinggal lebih masa, dan melindungi pendatang tanpa izin.

AKPS bertekad memperkasa kawalan sempadan negara, khususnya di pintu masuk utama Malaysia yang menjadi tumpuan pergerakan rentas sempadan sempena musim perayaan.

“Orang ramai turut diingatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti membawa atau melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati), kerana tindakan tegas termasuk pelucutan hak kenderaan dan pendakwaan mahkamah menanti sesiapa yang didapati bersubahat,” kata AKPS dalam kenyataan itu.

Dalam perkembangan lain di Kedah, Berita Harian Malaysia melaporkan AKPS Bukit Kayu Hitam pada 24 Mac, menolak kemasukan tujuh individu termasuk enam warga India yang berpura-pura saling tidak mengenali dan memiliki tiket penerbangan pulang yang tidak sah.

Penolakan masuk itu adalah hasil pemeriksaan dan tapisan ketat pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Penolong Pesuruhjaya Kanan Mohd Nasarudin M Nasir, berkata mereka gagal mengemukakan tujuan perjalanan yang sahih dan didapati memiliki tiket pulang palsu.

Kumpulan warga India itu, walaupun mendakwa tidak saling kenal, didapati mempunyai butiran penerbangan yang sama.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg