Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 doktor antara 33 direman kes tipu tuntutan dana hilang upaya bernilai RM2.1j

Sep 4, 2024 | 2:30 PM
Seramai 33 individu termasuk tiga doktor perubatan dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, susulan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai RM2.1 juta.
Seramai 33 individu termasuk tiga doktor perubatan dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, susulan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai RM2.1 juta. - Foto BERNAMA

GEORGETOWN (Pulau Pinang): Tiga doktor perubatan antara 33 individu yang direman pada 4 September bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM2.1 juta ($0.63 juta) sejak 2017.

Tiga doktor itu dikenakan tahanan reman dua hari oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi, bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Seramai 29 lagi individu yang terdiri daripada pekerja swasta yang juga pencarum Perkeso, ejen dan runner, termasuk isteri kepada seorang ejen yang dipercayai terlibat, direman antara satu hingga tiga hari, lapor Harian Metro.

Difahamkan, tiga doktor berkenaan masing-masing berusia 36, 50 dan 57 tahun bertugas di Bahagian Ortopedik Hospital Seberang Jaya, Bukit Mertajam, dan sebuah hospital swasta di Butterworth, Pulau Pinang.

Semua suspek ditahan dalam satu operasi bermula 5 pagi hingga 9 malam pada 3 September di sekitar Pulau Pinang dan hasil siasatan mendapati kartel itu aktif dalam kegiatan terbabit sejak 2017 sehingga kini, dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM2.1 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kebanyakan pencarum Perkeso yang ditahan bekerja dalam sektor kilang dan pelabuhan di Pulau Pinang.

Pihaknya menjangka membuat lebih banyak tangkapan apabila siasatan kes itu berjalan.

“Kebanyakan mereka membuat tuntutan palsu atas alasan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan mengalami masalah cakera teranjak pada tulang belakang (slipped disc),” katanya.

Tan Sri Azam berkata pihaknya memberi tumpuan terhadap perkara itu selepas Ahli Dewan Negara, Senator Dr R A Lingeshwaran, membuat pendedahan mengenainya pada Julai lalu, yang menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya Perkeso digantung kerja.

Dr Lingeshwaran, yang juga mantan Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang, memohon penjelasan kementerian mengenai doktor terlibat yang dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian.

Beliau turut memberitahu Dewan bahawa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta dengan 16 daripadanya melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas kegiatannya terbongkar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg