Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

30% pengguna e-rokok M’sia kanak-kanak 12 hingga 15 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

30% pengguna e-rokok M’sia kanak-kanak 12 hingga 15 tahun

Dec 15, 2023 | 03:03 PM



PETALING JAYA: Pertubuhan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (Seatca) menganggarkan 30 peratus pengguna rokok elektronik (e-rokok) di Malaysia berusia antara 12 dengan 15 tahun.


Menyifatkan trend pengambilan e-rokok dalam kalangan kumpulan umur berkenaan sebagai membimbangkan, Seatca, iaitu sebuah pertubuhan antitembakau Asia Tenggara, menyeru Malaysia supaya mengambil langkah perlu bagi menghentikan trend tidak sihat itu.

Menurut Seatca, kelaziman penggunaan e-rokok dalam kumpulan umur 12 hingga 15 tahun di negara itu adalah tinggi, berbanding kelaziman perokok remaja iaitu 12.5 peratus, yang meliputi 10.8 peratus lelaki dan 1.7 peratus perempuan.

Sebagai perbandingan, pertubuhan itu berkata negara lain di Asean seperti Brunei, Kemboja, Laos, Singapura dan Thailand telah melarang penggunaan alat itu termasuk di hampir 40 negara lain.

Menurut pertubuhan tersebut, e-rokok yang diambil bersama nikotin mencetuskan ketagihan tinggi, selain kesan tidak baik terhadap kesihatan.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), e-rokok secara agresif dipromosi kepada golongan muda melalui media sosial dan pempengaruh.

“Kanak-kanak terutamanya disasarkan menerusi watak kartun, ketersediaan sekurang-kurangnya 16,000 perasa dan e-rokok menyerupai mainan, gula-gula serta peralatan persekolahan,” kata kenyataan itu lapor portal Free Malaysia Today (FMT) pada 14 Disember.


Dalam rantau Asean, pertubuhan itu berkata kelaziman e-rokok dalam kalangan remaja Filipina adalah 14.1 peratus, manakala di Indonesia 11.8 peratus.

“Walaupun kesan kesihatan jangka panjang belum dapat dikenal pasti sepenuhnya, telah terbukti ia menghasilkan bahan toksik seperti karsinogenik yang boleh menyebabkan barah, selain meningkatkan risiko gangguan jantung dan paru-paru.

“Penggunaan e-rokok turut menjejas perkembangan otak dan menjurus gangguan pembelajaran golongan muda,” katanya sambil menjelaskan bahawa produk berkenaan berbahaya dan tidak cekap digunakan bagi tujuan berhenti merokok seperti didakwa.

“Dakwaan kurang bahaya belum dapat dibuktikan dan mengelirukan. Lebih tepat mengatakan ia adalah permulaan bahaya bagi orang muda yang tidak pernah merokok dan pengganti bahaya kepada perokok yang cuba berhenti merokok,” katanya.

Pada 30 November, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentangkan mantan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, namun menggugurkan klausa generasi penamat rokok (GEG), berikutan syor Pejabat Peguam Negara mengenai risiko mewujudkan ketidaksetaraan serta boleh dicabar di mahkamah.

RUU berkenaan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 27 Julai 2022 oleh Encik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan ketika itu, bagaimanapun ia tertunda berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Menteri Kesihatan yang baru dilantik, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Negara pada 13 Disember, memohon maaf susulan peruntukan GEG berkaitan rokok dan e-rokok, digugurkan daripada RUU berkenaan.

Datuk Dr Dzulkefly mengakui GEG adalah satu kaedah untuk mengurangkan peratusan merokok di Malaysia dan tanpa peruntukan itu dalam RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, dapat dibayangkan kesukaran untuk membendung perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >