4 presiden parti komponen PN sahkan hadir mesyuarat tentukan pengerusi baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 presiden parti komponen PN sahkan hadir mesyuarat tentukan pengerusi baru

Feb 5, 2026 | 7:06 PM

4 presiden parti komponen PN sahkan hadir mesyuarat tentukan pengerusi baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (tengah).
Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (tengah). - Foto PARLIMEN MALAYSIA

Semua empat presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah mengesahkan kehadiran mereka ke mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN (MTPN) bagi memutuskan pengerusi baru gabungan itu.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara itu, menyatakan surat jemputan telah dihantar dua hari lalu, namun tarikh mesyuarat masih belum dimuktamadkan.

“Saya telah hubungi semua presiden parti-parti anggota PN untuk mereka tentukan satu tarikh yang mereka boleh hadir mesyuarat.

“Setakat ini belum dapat satu tarikh yang muktamad, kita harap tak lebih daripada bulan ini atau minggu ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), pada sidang media di Parlimen, pada 5 Februari.

Datuk Takiyuddin berkata mesyuarat dijangka diadakan selepas 19 Februari.

Pengesahan ini sedikit melegakan selepas mesyuarat MTPN yang dijadual pada 29 Januari lalu dibatalkan, sekaligus mempercepatkan persoalan bila mesyuarat penentuan pengerusi baharu PN akan berlangsung.

Polemik jawatan pengerusi PN yang baru, berlarutan lebih sebulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), meletak jawatan Pengerusi PN secara mengejut, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

PAS kemudian mengesahkan akan mengemudi PN namun bukan di bawah Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PAS telah menamakan beberapa nama pemimpin kanannya untuk diangkat memegang jawatan Pengerusi PN, namun ia tidak mendapat sokongan baik daripada dua parti komponen PN - Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Polemik itu memuncak apabila baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berkata Bersatu dan PAS bersetuju untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN dan memberi tumpuan kepada Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif, untuk menggerakkan PN.

Kenyataan itu kemudian dinafikan Tan Sri Abdul Hadi yang berkata pemansuhan jawatan pengerusi PN tidak pernah dibincangkan dalam pertemuan PAS dan Bersatu sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg