Hadi: Pemansuhan jawatan Pengerusi PN tak pernah dibincang atau dipersetujui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hadi: Pemansuhan jawatan Pengerusi PN tak pernah dibincang atau dipersetujui

Jan 29, 2026 | 3:32 PM

Hadi: Pemansuhan jawatan Pengerusi PN tak pernah dibincang atau dipersetujui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, PAS, Perikatan Nasional, Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Foto fail

Polemik bagi menamakan pengerusi baru untuk menerajui gabungan pembangkang, Perikatan Nasional (PN), semakin rumit, apabila Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, menjelaskan bahawa cadangan untuk melupuskan jawatan pengerusi PN tidak pernah dibincangkan, apalagi dipersetujui.

Tan Sri Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN, membuat penegasan itu selepas mantan ketua PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpinnya telah bersetuju untuk menghapuskan jawatan Pengerusi PN.

“Jawatan Pengerusi PN hendaklah kekal dan tidak dimansuhkan dan diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3 (I) Perlembagaan PN,” tegas Tan Sri Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada 28 Januari.

Kenyataan itu mematahkan dakwaan Tan Sri Muhyiddin dalam satu surat yang dihantar kepada ketua parti komponen PN pada 27 Januari, bahawa PAS bersetuju untuk jawatan Pengerusi PN dimansuhkan, sebagaimana yang dibincangkan dan dipersetujui dalam satu pertemuan bersama pada 16 Januari lalu.

Surat Tan Sri Muhyiddin itu juga telah membawa kepada pembatalan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang sepatutnya berlangsung pada malam 29 Januari, dengan antaranya untuk membincangkan mengenai jawatan Pengerusi PN.

Mantan Perdana Menteri itu yang melepaskan jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu, sebaliknya menjemput semua Presiden parti gabungan PN menghadiri satu perbincangan ‘pramajlis’ di kediamannya di Kuala Lumpur, pada malam 29 Januari.

Bagaimanapun, kenyataan Tan Sri Abdul Hadi itu menjelaskan PAS bersetuju dengan cadangan Tan Sri Muhyiddin berkaitan penstrukturan semula PN khususnya mengenai penubuhan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif PN, namun bukan penghapusan jawatan Pengerusi PN.

“Adapun mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin ‘dengan penstrukturan semula PN, jawatan Pengerusi PN dimansuhkan dan hal pelantikan Pengerusi PN tidak lagi berbangkit’, saya ingin menegaskan isu ini sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak kami dalam pertemuan pada 16 Januari,” katanya.

Tan Sri Abdul Hadi berkata PAS berpendirian Majlis Presiden hendaklah bertindak sebagai ‘Badan Penasihat’ dan ‘Pengawal Selia’ dalam memelihara dasar-dasar dan hala tuju PN.

Manakala Majlis Eksekutif harus dianggotai oleh Majlis Tertinggi PN yang bertindak sebagai badan pelaksana segala urusan pentadbiran dan strategi parti.

Dengan percanggahan kenyataan itu, Ahli Parlimen (AP) Tasik Gelugor (Pulau Pinang) yang juga mantan ahli Bersatu yang dipecat, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dalam satu hantaran di media sosial pada 29 Januari, membangkitkan persoalan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin berbohong mengenai perkara itu.

“Penafian yang dibuat oleh Presiden PAS itu amat signifikan. Ia membawa kepada persoalan adakah Muhyiddin sudah terlalu terdesak sehingga sanggup mencipta cerita bohong untuk berpaut di takhta kuasa.

“Jika Muhyiddin berbohong kepada Presiden-Presiden parti dalam PN, maka kesannya amat besar sebab banyak persoalan lain akan timbul. Dalam keadaan begini jika Muhyiddin sayangkan Bersatu, beliau mesti selamatkan imej parti dengan cara meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu.

“Jika tidak, Muhyiddin akan terus menjadi liabiliti kerana rakyat akan mengatakan Presiden Bersatu seorang pembohong,” tulisnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg