Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Adun Bersatu sokong Menteri Besar Selangor perlu kosongkan kerusi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Adun Bersatu sokong Menteri Besar Selangor perlu kosongkan kerusi

Mar 08, 2024 | 12:58 PM



KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, akan terlucut keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakannya mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor itu perlu kosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, selepas parti itu meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu pada 2 Mac.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, berkata tindakan sama ada wakil rakyat terbabit mahu mencabar pindaan Perlembagaan parti di mahkamah atau apa-apa cara lain selepas pindaan itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS), itu terpulang kepada mereka.

“Ahli Parlimen atau Adun yang keluar parti atau alih sokongan (kepada pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti) akan terkait dengan pindaan Perlembagaan ini.

“Jika dia mahu cabar di mahkamah atau mana-mana yang boleh lepaskan dirinya, cabarlah,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Pada 7 Mac, Datuk Abdul Rashid mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Amirudin dan mengakui keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

Beliau berkata langkah itu dibuat akibat beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN), terutama PN Selangor, yang didakwa berdiam diri terhadap tohmahan dilontar kepada Raja-Raja Melayu.

Mengulas perkara itu, Datuk Razali berkata alasan diberikan Datuk Abdul Rashid hanyalah helah mengalih sokongan kerana jika tidak lagi bersetuju dengan parti, beliau sepatutnya keluar parti dan mengosongkan kerusi.

Pada 2 Mac, Bersatu meluluskan pindaan Perlembagaan dalam Mesyuarat Agung Khas, yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >