Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

AP Bersatu sokong Anwar sedia kosongkan kerusi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

AP Bersatu sokong Anwar sedia kosongkan kerusi

Mar 01, 2024 | 10:58 AM



KUALA LUMPUR: Tiga daripada enam Ahli Parlimen (AP) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedia mengosongkan kerusi dan menghadapi pilihan raya.

Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (AP Labuan, Sabah); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (AP Bukit Gantang, Perak); dan Encik Mohd Azizi Abu Naim (AP Gua Musang, Kelantan) menyatakan kesediaan itu sekiranya pindaan Perlembagaan parti itu kelak melarang mereka memberi sokongan kepada pihak ketiga.

Kenyataan itu susulan langkah Bersatu untuk meminda Perlembagaan parti itu menerusi Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac, dengan antara agenda utama pindaan perlembagaan itu susulan tindakan enam APnya yang menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Datuk Anwar.

Datuk Suhaili, AP pembangkang kedua yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri pada Oktober 2023, berkata beliau tidak akan berganjak dengan pendirian menyokong Datuk Anwar.

Katanya ia mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik.

“Apa pun pindaan perlembagaan Bersatu pada 2 Mac ini, saya tidak akan berganjak dan tetap beri sokongan kepada PMX (Datuk Anwar) waima terpaksa mengosongkan kerusi,” katanya lapor portal Free Malaysia Today.


Datuk Syed Abu Hussin dan Encik Mohd Azizi pula berkata kesediaan mereka untuk mengosongkan kerusi selepas menyokong Perdana Menteri mengambil kira sekiranya pindaan perlembagaan itu nanti akan mendatangkan kesan retrospektif (kesan terkebelakang).

“Sokongan kepada Datuk Anwar dimuktamadkan selepas setahun kami berada di pihak pembangkang (tetapi) tiada apa-apa perkara yang boleh memanfaatkan rakyat di kawasan kami.

“Daripada kami tarik balik sokongan (kepada Datuk Anwar) dan kembali menyokong (pihak) asal (Bersatu) yang tak boleh buat apa-apa, kami rela rakyat yang buat keputusan (melalui pilihan raya).

“Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi sekiranya ia kenyataan yang perlu diterima,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilapor berkata parti itu akan meminda perlembagaan bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang berbuat khianat.

Malah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik menyatakan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu meluluskan draf pindaan perlembagaan berkaitan pengosongan kerusi Parlimen bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan jika ahli memberi sokongan kepada pihak lawan.

Selain AP Labuan, Bukit Gantang dan Gua Musang, tiga lagi AP Bersatu yang turut menyatakan sokongan kepada Datuk Anwar ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar, Perak); Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang, Selangor) dan Encik Zahari Kechik (Jeli, Kelantan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >