Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Adun Bersatu Selangor isytihar sokong Menteri Besar, Kerajaan Perpaduan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Adun Bersatu Selangor isytihar sokong Menteri Besar, Kerajaan Perpaduan

Mar 06, 2024 | 05:02 PM



Selepas enam Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘gelombang sokongan’ itu merebak pula ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini berdasarkan perkembangan terbaru apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dari Bersatu, menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan pada 6 Mac, Datuk Abdul Rashid yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama.

“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan setelah saya meneliti Titah Ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan dilontarkan kepada Raja-Raja Melayu.

“Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam,” katanya.

Menurut Datuk Abdul Rashid, keputusan itu juga diambil bagi memastikan kesejahteraan rakyat negeri Selangor, terutama penduduk di kawasan N44 Selat Klang yang akan menerima manfaat daripada kerajaan yang stabil serta padu.

Datuk Abdul Rashid turut menyatakan pendirian kekal komited sebagai ahli Bersatu dan akan terus berkhidmat sebagai Adun Selat Klang.

Terdahulu, portal prokerajaan, Harapan Daily, melaporkan sekurang-kurangnya lima Adun Bersatu-PN bakal memberi sokongan mereka kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor.


Laporan itu menyebut kumpulan terbabit akan diketuai seorang bekas pengerusi Bersatu Selangor.

Antara nama lain yang didakwa bakal beralih sokongan ialah Adun Jeram, Datuk Harrison Hassan; Adun Batang Kali, Encik Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani; Adun Sungai Kandis, Encik Wan Dzahanurin Ahmad; dan Adun Dengkil, Encik Jamil Salleh.

Seorang lagi yang turut dikaitkan dengan gerakan itu ialah Adun Morib, Encik Rosnizan Ahmad, namun beliau dilaporkan belum membuat sebarang ketetapan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor pada 12 Ogos 2023, PN memenangi 22 daripada keseluruhan 56 kerusi ditandingi, manakala blok Pakatan Harapan (PH) memenangi 34 kerusi sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Bersatu adalah parti gabungan dalam blok pembangkang, PN, yang turut dianggotai oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Sebelum ini, enam AP Bersatu mengumumkan menyokong kepimpinan Datuk Anwar.

Mereka ialah AP Labuan, Sabah, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman; Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar, Perak); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang, Perak); Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang, Kelantan); Encik Zahari Kechik (Jeli, Kelantan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang, Selangor).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >