Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Afidavit difail perbetul kesilapan fakta Zahid terkait pengampunan Najib

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Afidavit difail perbetul kesilapan fakta Zahid terkait pengampunan Najib

Apr 18, 2024 | 02:05 PM



KUALA LUMPUR: Selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilapor mengesahkan kewujudan titah adendum (tambahan) terkait kes pengampunan mantan perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah, seorang menteri turut bersuara mengenainya.


Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilapor akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memfailkan afidavit memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit difailkan Presiden Umno itu.

Susulan afidavit yang difailkan Datuk Zahid yang turut mengaitkan namanya, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata beliau sudah mengambil langkah mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai berhubung perkara berkaitan.

“Saya ingin menyatakan secara rasmi bahawa pada hari ini (17 April) saya sudah melihat Afidavit Tambahan No. 3 yang diikrarkan Datuk Zahid pada 9 April 2024 dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh (Datuk Seri) Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Prosiding Semakan Kehakiman No. WA-25-136-04/2024.

“Sehubungan itu, saya mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan.

“Pendirian saya bukan untuk mempertikaikan merit isu yang sedang berlangsung. Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya Mahkamah Tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan sewajarnya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, menerusi afidavit yang diikrarkan Datuk Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, oleh Datuk Tengku Zafrul ketika pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang, Selangor, pada 30 Januari lalu.

Titah adendum itu supaya Encik Najib menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Datuk Zahid dilaporkan berkata Datuk Tengku Zafrul menunjukkan kepadanya salinan titah adendum itu pada telefonnya, yang diambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Sultan Abdullah.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Encik Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri tidak membincangkan hal pembabitan Datuk Zahid sebagai ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit menyokong permohonan Encik Najib berkaitan kewujudan titah adendum.

Jabatan Peguam Negara pada 18 April pula dilaporkan akan membawa perkara dibangkitkan Tengku Datuk Seri Zafrul berhubung Afidavit Tambahan No. 3 kepada perhatian pihak mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >