Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dakwaan Najib dapat pengampunan jalani hukuman tahanan di rumah cetus persoalan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dakwaan Najib dapat pengampunan jalani hukuman tahanan di rumah cetus persoalan

Apr 05, 2024 | 04:56 PM



Beberapa pihak di Malaysia menzahirkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan dakwaan mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, membenarkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Sultan Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan mengapa perkara itu baru dibangkitkan sedangkan dalam keputusan Lembaga Pengampunan bertarikh 2 Februari lalu, ia tidak berbangkit.

“Dalam masa sama, sekiranya wujud bahagian tambahan atau titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 seperti yang didakwa beliau, mengapa perkara tersebut tidak didedahkan oleh peguam beliau sebelum ini?

“Dakwaan terbaru ini seolah-olah akan menyebabkan satu duluan atau precedent baru untuk keputusan rasmi Lembaga Pengampunan yang telah dimuktamadkan, boleh diubah pada bila-bila masa,” kata kenyataan BERSIH itu seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette.


Pada 4 April, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengakui tidak melihat dan tidak mengetahui sebarang bahagian tambahan atau titah adendum pengampunan diraja berhubung kebenaran untuk Najib menjalani baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Dalam pada itu, BERSIH menegaskan hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada pesalah yang terlibat dalam kesalahan kecil iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Tambahan pula, Datuk Najib masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah.

Mantan menteri undang-undang Malaysia, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, pula berkata kerajaan sewajarnya bertindak segera sekiranya benar wujud ‘dekri tambahan’ yang menyatakan mantan Perdana Menteri itu boleh menjalani hukuman tahanan di rumah.

“Perkara itu tidak harus disembunyikan dan sekiranya wujud, mengapa kerajaan tidak bertindak di atas perintah terbabit? Sekiranya halangan undang-undang menjadi punca perkara itu tidak diambil, orang ramai harus dimaklumkan,” katanya di aplikasi X.


Dalam notis permohonan yang dimuat turun melalui sistem carian mahkamah, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang di Selangor, ke kediamannya.

Mantan Presiden Umno itu kemudian akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah jika titah adendum berkenaan wujud.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >