Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Najib bakal mohon semula pengampunan penuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Najib bakal mohon semula pengampunan penuh

Feb 07, 2024 | 05:05 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri keenam Malaysia, Encik Najib Tun Razak, berhasrat memfailkan permohonan baru untuk mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim.


Mengesahkan perkara itu, peguam utama Encik Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu arahan daripada Encik Najib untuk berbuat demikian.

Beliau berkata alasan membuat satu lagi permohonan bagi mendapat pengampunan penuh daripada Sultan Ibrahim kerana berpandangan Lembaga Pengampunan tidak melaksanakan tugas seperti dikehendaki Perlembagaan.

“Ia tanpa menuding jari terhadap mana-mana pihak. Yang di-Pertuan Agong sebelum ini (Sultan Abdullah Ahmad Shah) dengar pendapat dan nasihat di mana beliau perlu berbuat demikian.

“Beliau membuat keputusan sendiri dan mempunyai prerogatif,” katanya yang ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 7 Februari, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengenai kriteria dan jangka masa permohonan baru itu, Tan Sri Shafee menegaskan ia tidak akan dilakukan terlalu cepat kerana Sultan Ibrahim ‘belum memanaskan tempat duduknya’.

“Sudah tentu itu antara kriterianya, yang lain saya mahu tunggu arahan daripada anak guam untuk mempertimbangkan faktor lain,” katanya.

Ditanya sama ada kekurangan penilaian Lembaga Pengampunan yang mewujudkan proses ketidakadilan menjadi asas kepada permohonan baru, peguam itu menjawab:

“Ya. sudah tentu ia antara lain (asas permohonan baru),” katanya.

Pada 2 Februari lalu Berita Harian melaporkan Encik Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.


Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Encik Najib dikurangkan daripada RM210 juta ($59.38 juta) kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Encik Najib bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Datuk Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.

Walaupun diberi pengampunan itu, Encik Najib turut berdepan beberapa lagi kes berprofil tinggi, termasuk pengubahan wang haram dana SRC, penyelewengan RM2.3 bilion dan meminda laporan audit 1MDB serta kes pecah amanah ke atas harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >