Agong ingatkan pasukan tentera M’sia tolak rasuah, salah guna kuasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agong ingatkan pasukan tentera M’sia tolak rasuah, salah guna kuasa

Feb 5, 2026 | 2:42 PM

Agong ingatkan pasukan tentera M’sia tolak rasuah, salah guna kuasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ATM, banteras, rasuah
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan), ketika Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baru, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, mengadapnya di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 4 Februari.  - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memberi peringatan budaya agar menolak rasuah dan salah guna kuasa, mesti menjadi teras kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sultan Ibrahim berkata kekuatan sesebuah angkatan pertahanan bukan sahaja terletak pada aset dan teknologi, bahkan juga pada nilai integriti.

Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawapan merupakan asas penting dalam memastikan ATM kekal dihormati serta diyakini rakyat.

“Seluruh warga ATM perlu mengekalkan disiplin tinggi dan menjadikan prinsip menolak rasuah sebagai budaya kerja yang berterusan demi kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, pada 4 Februari.

Nasihat itu dizahirkan Sultan Ibrahim ketika menerima mengadap Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baru, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 4 Februari.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan supaya kepimpinan tertinggi ATM sentiasa mengutamakan kebajikan anggota, di samping mempertingkatkan keupayaan pertahanan selaras dengan perkembangan cabaran keselamatan semasa.

Pada pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim turut menzahirkan keyakinan agar PAT yang baru mampu menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Datuk Malek Razak yang memulakan perkhidmatan dalam ATM pada 1985 dinaikkan pangkat daripada Leftenan Jeneral Panglima Medan Barat Tentera Darat, kepada Jeneral, sebelum dilantik sebagai PAT baru berkuat kuasa 1 Februari.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini berkata pelantikan Datuk Malek Razak, yang mempunyai 40 tahun pengalaman perkhidmatan dalam ATM, telah diperkenankan oleh Agong pada 30 Januari.

Datuk Malek Razak sebaik sahaja memulakan tugas hari pertama sebagai PAT memberi jaminan akan melaksanakan pembersihan menyeluruh dalam pengurusan ATM.

Ini khususnya membabitkan isu tatakelola, integriti, perolehan dan pengurusan kewangan.

Sejak Disember 2025, pasukan keselamatan tentera Malaysia dilanda kontroversi isu rasuah, salah guna kuasa dan salah laku dalam kalangan pegawai tertingginya.

Empat pegawai kanan tentera termasuk bekas Panglima ATM, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar; bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias, serta seorang lagi yang masih berkhidmat, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, dihadapkan ke mahkamah pada Januari lalu.

Kesemua mereka masing-masing didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk rasuah, salah guna kedudukan, pengubahan wang haram dan pecah amanah.

Tan Sri Muhammad Hafizuddeain menjadi pegawai tertinggi tentera pertama yang didakwa pada 22 Januari.

Beliau sepatutnya dilantik sebagai PAT baru, bagaimanapun Datuk Mohamed Khalid mengumumkan pelantikannya ditangguh pada 31 Disember 2025, berikutan siasatan dan dakwaan rasuah terhadapnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg