PETALING JAYA (Selangor): Anak kepada seorang mantan Perdana Menteri Malaysia telah ditahan polis selepas ditemukan bersama dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint dekat Damansara, Kuala Lumpur, pada 24 Ogos.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan tangkapan lelaki berusia 20-an tahun terbabit, lapor Harian Metro.
Difahamkan, penahanan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dijalankan di sekitar Damansara.
Dalam operasi terbabit, polis menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Difahamkan, suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
Sementara itu, semakan di media sosial mendapati gambar suspek yang dikaburkan sudah bertebaran dengan warganet rancak membuat pelbagai tekaan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg