KUALA LUMPUR: Tujuh kenderaan mewah, selain puluhan syarikat dan hartanah serta akaun bank adalah antara 71 aset milik mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin yang gagal diisytiharkan, yang membawa kepada pendakwaan beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 Januari.
Semua aset berkenaan dilaporkan dimiliki tokoh korporat itu di beberapa negeri antaranya sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Hadir dengan berkerusi roda ke mahkamah, Tun Daim, 85 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibacakan di hadapan Hakim, Cik Azura Alwi.
Tun Daim membayar wang ikat jamin RM280,000 ($79,347) di mahkamah sama pada 29 Januari dan mahkamah menetapkan 22 Mac 2024 untuk sebutan semula kes, lapor Berita Harian Malaysia.
Berikut adalah sebahagian daripada 71 senarai aset tidak diisytihar berkenaan:
AKAUN BANK
1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)
KENDERAAN
1. Mercedes Benz 600SEL / 450SEL / 450SLC
2. Jaguar XJS HE
3. Rolls Royce Royce 2
4. Austin Morris Austin
5. Ford Prefect
SYARIKAT
1. Ibu Kota Developments Sdn Bhd
2. Maya Seni Holdings Sdn Bhd
3. Menara Ampang Sdn Bhd
4. Dream Cruiser Sdn Bhd
5. Landbelt Corporation Sdn Bhd
6. Kenari Teliti Sdn Bhd
7. Fnq Advanced Materials Sdn Bhd
8. Kota Tandop Development Sendirian Berhad
9. Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd
10. Dasar Seroja Sdn Bhd
11. Gigantic Promotions Sdn Bhd
12. Jupiter Alliance Sdn Bhd
13. Inayat Realty Sdn Bhd
14. Suasa Urus Sdn Bhd
15. Meridian Haven Sdn Bhd
16. Vast Access Sdn Bhd
17. Fortune Valley Sdn Bhd
18. Reliance E-Com Sdn Bhd
19. Golden Envoy (M) Sdn Bhd
20. Mela Lifestyle Sdn Bhd
21. AVI SPA Sdn Bhd
22. RPB Capital Holdings Sdn Bhd
23. Genius Field Sdn Bhd
24. Festive Place Sdn Bhd
25. Taman Unik Sdn Bhd
26. Nesline Sdn Bhd
27. RPB Development Sdn Bhd
28. OS Resources Sdn Bhd
29. Reliance Shipping & Travel Agencies
HARTANAH / TANAH DI BAWAH SYARIKAT
1. Suite #8-13-6, Kuala Lumpur
2. Avillion Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan
3. Avillion Cameron Highlands, Cameron Highlands, Pahang
4. Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson
5. AVI Pangkor Beach Resort, Pangkor, Perak


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg