Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anwar: Bincang isu lebih bermanfaat, bukan perbesar isu remeh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Bincang isu lebih bermanfaat, bukan perbesar isu remeh

Mar 18, 2024 | 04:39 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kekecewaannya melihat pihak tertentu termasuk Ahli Parlimen (AP) memainkan isu sensitif, antaranya pengiktirafan ‘bak kut teh’ sebagai makanan warisan negara dan pembukaan kantin sekolah pada Ramadan.


Justeru, Datuk Anwar meminta pihak terlibat menamatkan polemik berkenaan dengan mengambil kira semangat menghayati Ramadan, kebersamaan dan saling menghormati.

Beliau berkata Malaysia memerlukan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan bukannya perbalahan yang tidak berkesudahan.

“Semasa (lawatan rasmi ke luar negara) saya bercakap mengenai pelaburan, (namun) saya kembali ke Malaysia untuk (mendengar perdebatan) isu ‘bak kut teh’ dan kantin sekolah dibuka semasa Ramadan.

“Itu adalah topik ‘panas’, seolah-olah ia melibatkan keseluruhan hidup mati dan maruah kita. Saya harap ini tidak akan berlaku kerana kita boleh melakukan yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 18 Mac, lapor The Star.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Datuk Anwar yang baru pulang daripada lawatan kerja ke Jerman selama enam hari berkata daripada menimbulkan suasana negatif, beliau sebaliknya melahirkan harapan agar rakyat Malaysia membincangkan isu yang lebih bermanfaat kepada negara.

“Isu berkait transformasi digital, tenaga boleh diperbaharui... Ini adalah antara perkara penting untuk negara kita, jadi mari kita bincangkan mengenainya.

“Saya berharap Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk fokus kepada perkara yang penting supaya kita sekali lagi dapat mengangkat martabat negara

“Jika kita teguh dalam prinsip kita, kita boleh melakukan dan mencapai semua yang kita inginkan. Mari kita fokus kepada perkara asas ini sepanjang Ramadan,” katanya.

Sebelum ini isu pengiktirafan ‘bak kut teh’ sebagai makanan warisan negara menjadi polemik dan menerima kritikan ramai.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan pengiktirafan itu tiada kena mengena dengan isu bangsa atau agama, sebaliknya ia dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Justeru, beliau memohon semua pihak termasuk AP supaya menghormati kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia, demi menjaga perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Isu kebenaran untuk kantin sekolah beroperasi sepanjang Ramadan pula menjadi pertikaian oleh AP pembangkang terutama dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang beranggapan arahan Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, itu sebagai keterlaluan.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata persoalan lebih besar yang perlu dibincangkan pada Ramadan ialah disiplin diri, pertumbuhan rohani dan peka terhadap nasib golongan yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >