Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Johor dijangka jadi negeri termaju M’sia ‘setahun dua lagi’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor dijangka jadi negeri termaju M’sia ‘setahun dua lagi’

Apr 19, 2024 | 10:46 AM



JOHOR BAHRU: Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam satu atau dua tahun lagi menyusuli pelaksanaan dua zon ekonomi dan kewangan khas di negeri ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City bakal memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi lebih pesat.

“Dua zon ekonomi dan kewangan khas ini akan memacu perkembangan ekonomi negara menjadi lebih pesat.

“Apa sasarannya, itu tak penting. Namun, paling penting ialah kemudahan ini (dua zon ekonomi serta kewangan khas) akan membantu, dan Johor dijangka lebih pesat daripada beberapa negeri lain dalam tempoh setahun dua ini,” kata beliau, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Anwar berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri, ‘Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri’, di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, di sini pada 18 April.

Sebelumnya, Datuk Anwar mempengerusikan sebuah Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor di Iskandar Puteri.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Datuk Anwar berkata kewujudan dua zon ekonomi dan kewangan khas itu menjadi petanda Johor akan mencatat pertumbuhan sangat pesat tidak lama lagi.

“Tahun kebelakangan ini adalah tahun hebat buat Johor... bukan saja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang juga Agong ke-17, adalah dari negeri ini, malah ia diterajui pemimpin muda yang berjaya membangunkan Johor sehingga pembangunan ekonominya antara yang terbaik di Malaysia,” ujar beliau.

Pada 11 Januari, Datuk Anwar dan rakan sejawat beliau dari Singapura, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahamam (MOU) JS-SEZ antara Malaysia dengan Singapura.

MOU itu ditandatangani Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Encik Gan Kim Yong.

Dua bulan selepas itu, dua negara itu bersetuju mengorak langkah lebih jauh dengan membentuk sebuah pasukan petugas khas untuk mengkaji daya maju penubuhan zon ekonomi khas tersebut.

Pada 25 Ogos 2023, Forest City – projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan di perairan Johor berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas – diumumkan sebagai Zon Kewangan Khas.

Status kawasan pembangunan berkeluasan lebih 2832.79 hektar itu diumumkan Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, bagi meningkatkan pelaburan asing, sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi kawasan terbabit.

Beliau dipetik sebagai berkata bahawa zon khas berkenaan diwujudkan berikutan keistimewaan Johor yang berjiran dengan Singapura, selain terdapatnya prasarana lengkap di Forest City.

Datuk Anwar dilapor menegaskan beliau lebih melihat kepentingan Johor dan Singapura saling melengkapi, berbanding bersaing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >