Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia segera sedia tingkat kemudahan wad kelas tiga Hospital KL

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia segera sedia tingkat kemudahan wad kelas tiga Hospital KL

Apr 11, 2024 | 03:05 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang diperlukan di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, akan meneliti keperluan terbabit serta permasalahan lain untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri.

“Kita lihat sendiri, macam kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak, dan Menteri (Dr Dzulkefly) akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan mana yang perlu,” katanya kepada pemberita pada 11 April, lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan diiringi Dr Dzulkefly dan Pengarah HKL, Datin Dr Rohana Johan, melawat pesakit yang sedang dirawat di wad perubatan kelas tiga hospital itu.

Datuk Anwar berkata beliau yakin Dr Dzulkefly dan Dr Rohana dimaklumkan masalah yang mendesak serta perlu diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan, bagi memastikan penyediaan prasarana lebih baik di hospital berkenaan.

Beliau juga mahu kajian menyeluruh dilakukan berhubung pemerolehan ubat-ubatan oleh semua hospital dan klinik kerajaan di negara itu supaya tidak berlaku pembaziran serta kerugian.

“Apakah ubat-ubatan itu digunakan sepenuhnya, tidak ada pembaziran dan apakah keutamaan… itu kita perlu beri tumpuan kepada HKL kerana jumlah (yang diperlukan) lebih besar.

“… tetapi kita juga kena beri tumpuan kepada klinik di Kapit, klinik di Manek Urai umpamanya... jadi hal ini dilihat keseluruhannya oleh kementerian dan kita buat keputusan,” katanya.

Datuk Anwar turut mengucapkan tahniah kepada HKL atas kecemerlangan prestasi hospital itu yang mendapat pengiktirafan dunia, sekali gus berharap pencapaian berkenaan akan menjadi galakan kepada semua pihak agar meningkatkan usaha dan perkhidmatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >