Topik diikuti
Pergi ke BHkuAP Muar Syed Saddiq kekal bebas
AP Muar Syed Saddiq kekal bebas
Mahkamah Persekutuan pada 13 Julai sahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2025 bebaskan Syed Saddiq
AP Muar Syed Saddiq kekal bebas
Penantian enam tahun berakhir buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, apabila beliau kekal bebas sepenuhnya selepas Mahkamah Persekutuan pada 13 Julai, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Dalam keputusan majoriti 2-1, panel hakim mendapati Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang betul dalam membebaskan Syed Saddiq pada 2025, daripada pertuduhan bersubahat, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keputusan akhir itu disampaikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abd Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequoyah.
Dengan itu Syed Saddiq juga dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta ($3.17 juta), selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pihak pendakwaan.
Sebelum ini pada 26 Jun 2025, pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun, yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq, daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
