Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

AP pembangkang M’sia pertama diusir keluar Dewan Rakyat kerana tak patuh peraturan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

AP pembangkang M’sia pertama diusir keluar Dewan Rakyat kerana tak patuh peraturan

Feb 27, 2024 | 05:13 PM



Tidak sampai beberapa jam amaran dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, supaya wakil rakyat mematuhi peraturan mesyuarat, seorang Ahli Parlimen (AP) pembangkang menjadi yang pertama dikenakan tindakan digantung kehadiran selama empat hari.

AP Perikatan Nasional (PN), Datuk Awang Hashim (PAS-Pendang), diarahkan keluar Dewan selama empat hari pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat (Parlimen) bagi 2024 bermula pada 27 Februari.

Beliau dikenakan tindakan itu selepas mengeluarkan kata-kata yang dikatakan tidak menghormati Speaker dan tidak mematuhi arahan Tan Sri Johari untuk duduk, walaupun telah diberi amaran berulang kali.

Ketegangan itu berlaku apabila Tan Sri Johari membenarkan usul mengejut untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Ibrahim, dan ucapan terima kasih kepada mantan Agong yang juga Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah, yang dibantah pembangkang.

Tindakan tegas Tan Sri Johari itu juga selaras mandat yang diberikan Agong kepada beliau terhadap mana-mana AP yang gagal menjaga adab dan tatatertib sepanjang persidangan Parlimen.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kemudian memohon pertimbangan Speaker agar menarik balik hukuman terhadap Datuk Awang selepas AP Pendang itu membuat permohonan maaf.

Tan Sri Johari kemudian bersetuju dan memberi amaran supaya AP terbabit tidak mengulangi kesalahannya dan menghormati Parlimen.

Terdahulu, AP pembangkang juga bertindak keluar dari Parlimen selepas Tan Sri Johari membenarkan slot diberikan kepada Datuk Anwar untuk menyampaikan penghargaan kepada Agong.

Tindakan itu diambil sebagai langkah bantahan selepas Tan Sri Johari berkeras membenarkan slot untuk Datuk Anwar, meskipun beberapa wakil pembangkang membantah.

AP pembangkang mendakwa ia sebagai suatu yang luar biasa memandangkan agenda itu tiada dalam aturan urusan mesyuarat 27 Februari.

Terdahulu, ketika memulakan sesi pagi sidang Parlimen, Tan Sri Johari berkata beliau serta dua Timbalannya, Datuk Ramli Mohd Nor dan Cik Alice Lau Kiong Yieng, tidak akan bertolak ansur dan akan mengenakan tindakan tegas ke atas AP yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada timbalan saya untuk memastikan masalah Yang Berhormat (YB) yang berlaku di luar Dewan Rakyat, sama ada peperangan antara parti atau apa-apa juga melalui media sosial, selesaikanlah di luar (Dewan).

“Janganlah mengheret kita semua dalam dewan ini. Mana-mana YB menggunakan platform ini untuk tujuan memperkenakan kawan-kawan, saya dah pastikan kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya ingatkan supaya semua ahli Dewan untuk sentiasa mematuhi peraturan sepanjang persidangan berlangsung,” katanya.

Pada 26 Februari, Sultan Ibrahim memberi kebenaran kepada Speaker Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Dewan yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

Beliau mengarahkan semua AP supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan sopan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >