Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Agong M’sia: Jangan gugat kestabilan politik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong M’sia: Jangan gugat kestabilan politik

Gesa AP hormati Kerajaan Perpaduan, kalau ‘hendak main politik, tunggu masa pilihan raya akan datang’
Feb 26, 2024 | 05:39 PM



Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, menegaskan beliau tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya akan datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Malaysia ke-15 di Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, pada 26 Februari.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Ketibaan beliau di Dewan Rakyat disambut penuh istiadat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri (DPM) I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; DPM II, Datuk Seri Fadilah Yusof; barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan serta Ahli Parlimen (AP) kerajaan dan pembangkang.

Sultan Ibrahim berkata keutamaan beliau ialah memastikan keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia terbela.

Justeru, katanya, semua AP perlu menumpukan usaha untuk membela nasib hidup seluruh rakyat.

“Kedudukan saya di sini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa dipelihara.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak sama ada yang duduk di sebelah kanan (blok kerajaan) atau yang di sebelah kiri (pembangkang), marilah kita bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan agar semua AP sentiasa mematuhi peraturan dan tatatertib sepanjang persidangan Dewan Rakyat, dengan menjaga adab, selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Sultan Ibrahim turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana AP yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

“Parlimen ini adalah tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan adalah para penggubalnya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal undang-undang itu sendiri gagal mematuhi peraturan yang dibuat.

“Saya harap semua Ahli Dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan yang mulia ini dengan mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan,” ujarnya.

Sultan Ibrahim turut menyeru semua lapisan masyarakat supaya memperkukuh perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R (bangsa, agama dan raja).

Beliau turut menyeru kerajaan supaya merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

“Saya perhatikan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain,” katanya.

“Pepatah Melayu ada menyebut, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, yang bermaksud jika kita hendak melahirkan generasi masa depan yang bersatu padu dan saling memahami, kita mesti membentuk mereka sejak anak kecil,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekecewaan apabila dimaklumkan bahawa kerajaan hari ini menanggung beban hutang semakin besar, kerana sejak 1998 kerajaan sentiasa berada dalam kedudukan defisit fiskal.

Justeru beliau menyokong langkah kerajaan untuk mengambil langkah penjimatan drastik dan melaksanakan pemberian subsidi secara tersasar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >