Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jawatan Agong tanggungjawab besar: Sultan Ibrahim

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jawatan Agong tanggungjawab besar: Sultan Ibrahim

Feb 02, 2024 | 12:30 PM



Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia menegaskan amanah dipikulnya itu bukan satu kenaikan pangkat, sebaliknya tambahan tanggungjawab sebagai ketua utama negara kepada 33 juta rakyat negara itu.

Beliau menyifatkan tugasnya adalah kewajipan berat dan akan melakukan yang terbaik untuk melindungi kepentingan rakyat seluruhnya.

“Jadi Agong ini bukan kenaikan pangkat, ini tambahan tanggungjawab. Saya mewakili raja-raja lain, makin berat (tanggungjawab) tapi itu tugas. Ia adalah kewajipan. Hak saya untuk berkhidmat.

“Saya tak perasan tarikh semakin laju. Ya, saya mempunyai sedikit kebimbangan bahawa saya tidak boleh menjalankan kerja, tetapi saya akan cuba yang terbaik.

“Perkara pertama, rakyat mesti dilindungi. Sebatang lidi mudah patah, secekak (lidi) tak mudah dipatahkan,” katanya dalam satu perkongsian video di Facebook rasminya pada 1 Februari.

Sultan Ibrahim, 65 tahun, dan Timbalannya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, 67 tahun, mengangkat sumpah jawatan dalam satu istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 31 Januari.

Sultan Ibrahim menggantikan Sultan Abdullah Ahmad Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Agong ke-16 pada 30 Januari, selepas memegang tampuk pemerintahan negara selama lima tahun sejak 31 Januari 2019.

Dalam video sama, Sultan Ibrahim sempat berseloroh supaya warga Johor tidak melupakan beliau, namun sudah meninggalkan ‘mata-mata’ untuk memantau perkembangan di Johor, negeri jajahannya.

“Saya akan selalu balik Johor kerana inilah kampung saya. Saya harap orang Johor janganlah lupakan saya dan janganlah buat tak kenal saya selepas ini.

“Saya juga tinggalkan satu mata, satu telinga saya di Johor untuk memantau apa yang berlaku di sana. Jangan terkejut saya tiba-tiba menjelma di mana-mana daerah,” katanya.

Sepanjang Sultan Ibrahim menunaikan khidmat sebagai Agong, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor bermula 28 Januari.

Pelantikan itu diperkenan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor dengan nasihat Jumaah Majlis Diraja Johor dan kuasa serta kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Sultan Ibrahim terkenal dengan gelaran sultan berjiwa rakyat kerana kelebihan beliau yang gemar dan mudah didampingi rakyat jelata daripada segenap lapisan masyarakat.

Dengan personaliti ceria, suka bergurau dan penyayang dengan masyarakat, beliau turut dikenali sebagai seorang yang adil serta sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat Johor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >