Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir di Johor kian pulih, penduduk sedia sebarang kemungkinan bah berulang

Jan 15, 2025 | 6:21 PM
Memori lama Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, meredah banjir dengan pacuan empat roda untuk melawat mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika beliau menggalas tanggungjawab sebagai Sultan Johor.
Memori lama Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, meredah banjir dengan pacuan empat roda untuk melawat mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika beliau menggalas tanggungjawab sebagai Sultan Johor. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Keadaan banjir di Johor hampir pulih sepenuhnya apabila puluhan pusat pemindahan sementara (PPS) yang sebelum ini dibuka di dua daerah iaitu Kota Tinggi dan Johor Bahru telah ditutup pada 15 Januari petang.

Hanya PPS di daerah Kluang dan Pontian masih beroperasi, namun jumlah mangsa semakin berkurangan kepada hampir 200 orang, menurut kemas kini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 5 petang, 15 Januari.

Bagaimanapun, dengan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa hujan lebat berterusan diramal kembali melanda Johor pada 16 hingga 19 Januari, penduduk di kawasan berisiko sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sekali lagi dilanda bencana itu.

Selain Johor, sebahagian kawasan di Sabah; Terengganu; Kedah; Perak dan Sarawak masih dilanda banjir.

Menteri Komunikasi Malaysia, Encik Fahmi Fadzil, berkata kerajaan terus bersedia dengan persiapan sentiasa dibuat bagi memastikan tindakan segera dapat diambil khususnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sekiranya banjir menjejaskan beberapa kawasan.

“Dengan amaran lonjakan monsun sehingga 19 Januari ini, penduduk di selatan Semenanjung khususnya di Mersing dan Pengerang, Johor, serta Sabah dan Sarawak diminta terus bersiap siaga dengan kemungkinan berlakunya banjir.

“Nadma sentiasa bersedia dan bagi kementerian dan agensi yang menguruskan (termasuk) JKM, Angkatan Pertahanan Awam serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kita sudah minta berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi,” katanya selepas mesyuarat mingguan Jemaah Menteri pada 15 Januari.

Pada 14 Januari Berita Harian melaporkan Johor sekali lagi diramal menerima episod hujan berterusan tahap waspada bermula 16 hingga 19 Januari, yang mungkin menyebabkan banjir. Amaran sama dikeluarkan untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Facebook Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, pada 15 Januari berkongsi imbauan detik prihatin keluarga diraja itu yang tidak kekok turun padang melawat mangsa banjir dan mengurniakan bantuan sejak puluhan tahun lalu.

Hantaran itu berkongsi kelaziman yang dilakukan Sultan Ibrahim setiap kali Johor, termasuk kawasan pedalaman, dilanda bencana itu tanpa sebarang protokol walaupun terpaksa mengharungi banjir menggunakan kenderaan pacuan empat roda, bot dan helikopter peribadi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg