Topic followed successfully
Go to BHkuBapa, abang penyerang tragedi berdarah Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun
Bapa, abang penyerang tragedi berdarah Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun
Ibu penyerang yang juga warga S’pura dihukum penjara empat tahun kerana gagal beri maklumat ideologi pengganasan
Apr 29, 2026 | 1:29 PM
Bapa, abang penyerang tragedi berdarah Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun
Tragedi Balai Polis Ulu Tiram, Johor, membawa pada (dari kiri) bapa penyerang, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64 tahun, dan abang sulung penyerang, Radin Romyullah, 36 tahun, dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas mengaku salah atas pertuduhan berkaitan ideologi pengganasan. Ibu penyerang, Rosna Jantan, 61 tahun, yang juga warga Singapura, pula dihukum penjara empat tahun, atas pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi pengganasan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bapa dan abang kepada penyerang dalam tragedi berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada 2024, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkaitan ideologi pengganasan.
Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64 tahun, dan anak sulungnya, Radin Romyullah, 36 tahun, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semula di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor.
Laporan berkaitan
Bapa penyerang dituduh tanam ideologi ganas ISIS, miliki senjata apiOct 23, 2024 | 3:45 PM
Ibu penyerang Balai Polis Ulu Tiram mohon bicaraOct 1, 2024 | 11:18 AM
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram hadapi tuduhan baru berkaitan bahan pengganasanSep 2, 2024 | 3:10 PM
Mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram kembali semangat bekerjaAug 23, 2024 | 12:26 PM

