Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bayi ditemui di depan kedai dobi di Subang Jaya, Selangor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bayi ditemui di depan kedai dobi di Subang Jaya, Selangor

Mar 05, 2024 | 04:56 PM



Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di depan pintu kedai dobi di Subang Perdana Goodyear Court 4 di USJ 8 pada pagi 5 Mac.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Cik Michelle Ng, berkata beliau tiba di tempat kejadian dan sempat melihat bayi itu sebelum bayi itu dibawa ke Hospital Shah Alam.

Beliau berkata bayi berusia sekitar sebulan itu ditemui penduduk kira-kira 5 pagi. Pemimpin masyarakat di kawasan itu mengendalikan bayi itu dengan baik sedang mereka menghubungi pihak berkuasa.

“Bayi itu ditinggalkan bersama satu beg yang mengandungi kemeja-t dewasa, sepasang stokin dan sarung tangan serta skarf kepala.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil pendekatan ihsan dalam mengendalikan kes ini.

“Tiga bulan pertama adalah tempoh paling sukar bagi ibu bapa, terutamanya ibu kerana beliau perlu sembuh, menjaga bayi yang baru lahir, menyusu, menguruskan hormon yang turun naik dan mengalami masalah kurang tidur.

“Ibu dan atau bapa dalam kes ini meninggalkan sumber minimum untuk bayi itu. Ini menunjukkan bahawa ibu dan/atau ayah (bayi) berasal daripada latar belakang yang kurang bernasib baik,” ujar Cik Ng, lapor The Star.


Beliau menambah bahawa orang ramai dan pihak berwajib tidak seharusnya cepat menilai, sebaliknya memberikan sokongan kepada ibu atau bapa seperti dalam keadaan sedemikian.

“Saya bersedia untuk bersama-sama dengan pihak berkuasa untuk mencapai hasil terbaik untuk ibu dan/atau ayah dan anak dalam kes ini,” kata Cik Ng.

Beliau berkata sebagai seorang ibu yang pernah mengalami beberapa perkara berkaitan bayi, hatinya prihatin terhadap individu atau ibu bapa yang berada dalam keadaan yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >