Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes beri susu syabu pada bayi: Suami isteri didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes beri susu syabu pada bayi: Suami isteri didakwa

Feb 28, 2024 | 03:05 PM



PETALING JAYA: Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, pada 28 Februari atas tuduhan melakukan penganiayaan terhadap bayi lelakinya dengan memberi air susu bercampur dadah bahaya jenis methamphetamine.


Bagaimanapun, si bapa yang turut didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan berkenaan mengaku tidak bersalah.

Tertuduh, Nabila Huda Fadli, 34 tahun, dan suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40 tahun, membuat pengakuan berkenaan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut kertas tuduhan, kededua mereka didapati melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah bahaya jenis methamphetamine.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 6 petang 19 Februari lalu di Blok F, Apartment Medan Jaya, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, lapor Berita Harian Malaysia.


Pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 ($14,083) atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.


Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh selain syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mengganggu saksi kes.


Dalam rayuannya, Nabila Huda memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan tidak bekerja selain perlu menjaga ibu dan tiga anaknya.

Sofian pula memberitahu mahkamah dia tidak bekerja tetap serta perlu menanggung ahli keluarga yang lain.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu diikat jamin RM5,000 seorang berserta syarat tambahan yang ditetapkan pihak pendakwaan.

Dr Syahliza turut menetapkan 13 Mac depan untuk fakta kes dan jatuh hukum bagi Nabila Huda, manakala lantikan peguam dan pengurusan kes untuk Sofian.

Suami isteri itu sebelum ini ditahan selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air mengandungi dadah di sebuah flat di Taman Medan, Petaling Jaya, pada 19 Februari.

Bayi lelaki itu difahamkan dihantar kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal sebelum si nenek bertanyakan mengenai perkara itu kepada ibu mangsa.

Ibu mangsa kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi malang itu menggunakan air syabu milik suaminya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >