Bagi sesetengah keluarga Singapura, persiapan Aidilfitri kini turut merangkumi perjalanan singkat ke Kuala Lumpur (KL), khusus untuk mendapatkan pelbagai kelengkapan termasuk pakaian, kuih Raya dan barangan hiasan pada harga lebih berpatutan. 

Kepelbagaian rekaan busana dan kelengkapan Aidilfitri, selain kadar tukaran wang yang lebih menguntungkan menjadi antara faktor penarik warga Singapura menempuh perjalanan ratusan kilometer untuk ‘memburu’ persiapan Syawal di Kuala Lumpur.