Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun

Nov 13, 2024 | 10:40 AM
Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, pada 13 November.
Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, pada 13 November. - Foto KOSMO!.

Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, pada pagi 13 November.

Pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada usia 86 tahun disahkan oleh peguamnya, Datuk Gurdial Singh Nijar.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Difahamkan Allahyarham mengalami strok baru-baru ini dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Allahyarham Tun Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 dan 1999 hingga 2001, di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur. Jenazah Allahyarham akan disempurnakan pada 13 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg