Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Debaran Najib jelang hari penentuan kes 1MDB, tahanan rumah

Dec 19, 2025 | 4:05 PM
Malaysia, Najib Tun Razak, 1MDB, mahkamah
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak. - Foto fail NSTP

Bekas perdana menteri Malaysia yang dipenjarakan sejak Ogos 2022, Encik Najib Tun Razak, bakal menempuh fasa penting dalam penentuan kes mahkamah membabitkannya bermula 22 Disember ini.

Ini termasuk sama ada beliau akan menerima berita gembira dibenarkan menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah atau sebaliknya.

Pada 26 Disember pula, beliau akan turut mengetahui nasibnya dalam empat tuduhan kes salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB bernilai lebih RM2.3 bilion ($727 juta), selepas 302 hari perbicaraan dalam tempoh tujuh tahun.

Encik Najib ketika ini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Selangor, selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun, bekas presiden Umno berusia 72 tahun itu mendapat pengurangan hukuman hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 2022.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada akhir Januari 2024 yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, sebelum tamat penggal perkhidmatan sebagai Agong, memberi pengurangan hukuman penjara 12 tahun yang dihadapi Encik Najib kepada enam tahun.

Beliau turut diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman denda RM210 juta yang perlu dibayar.

Berita pengurangan hukuman penjara dan denda dihadapi Encik Najib itu disambut pelbagai reaksi dan emosi oleh kelompok berbeza, termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang.

Menyusuli pengurangan hukuman itu, Encik Najib mendakwa wujud titah adendum atau perintah tambahan daripada Sultan Abdullah, yang membenarkannya untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Perjalanan Encik Najib untuk menggunakan perintah tahanan rumah itu tidak mudah, apabila beliau terpaksa mengemukakan rayuan di mahkamah bermula September 2024.

Ini selepas Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhujah bahawa sebarang titah tambahan seumpama itu perlu melalui saluran pentadbiran dan perundangan yang sah.

Ia disokong kenyataan Istana Negara pada 3 Januari lalu, bahawa banduan yang mahu merayu pengurangan hukuman harus mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong.

Sejak itu bermulalah perjuangan panjang Encik Najib untuk mengesahkan kewujudan perintah itu di mahkamah dan keputusan semakan kehakiman berkaitan titah adendum itu akan diketahui pada 22 Disember ini.

Bagi kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram 1MDB pula, seramai 50 saksi telah memberikan keterangan dalam kes berprofil tinggi dan skandal kewangan terbesar Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Putrajaya sepanjang prosiding berlangsung.

Encik Najib berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB antara Februari 2011 dengan Disember 2014.

Tuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 29 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan sekutu dan kakak kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, pada 25 November lalu untuk membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah AS$2.8 bilion kepada 1MDB.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Mahazan Mat Taib selepas membenarkan 1MDB dan empat entitinya memasukkan penghakiman ingkar terhadap dua individu itu, Tan Kim Loong dan Low May Lin, dalam saman bagi menuntut semula wang diterima mereka yang diselewengkan daripada syarikat itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg