SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Disiplin jemaah selamatkan M’sia dari senarai larangan visa sementara Arab Saudi

Disiplin jemaah selamatkan M’sia dari senarai larangan visa sementara Arab Saudi

Apr 10, 2025 | 4:04 PM

Disiplin jemaah selamatkan M’sia dari senarai larangan visa sementara Arab Saudi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. - Foto NSTP

KANGAR (Perlis): Pematuhan yang baik terhadap peraturan ditetapkan Arab Saudi, terutama dalam disiplin ketika pelaksanaan ibadah umrah dan haji, menjadi faktor Malaysia tidak diletakkan dalam senarai 14 negara yang dikenakan larangan visa sementara oleh kerajaan negara itu.

Malah, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan antara lebih 18,000 individu yang ditahan kerajaan Saudi baru-baru ini kerana melakukan pelbagai kesalahan membabitkan imigresen, buruh dan keselamatan sempadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya tidak menerima aduan rasmi daripada kerajaan Saudi berhubung pembabitan warga Malaysia atas kesalahan berkenaan.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan secara rasmi pembabitan jemaah haji Malaysia (melakukan kesalahan) pada 2024 atau tahun sebelum itu.

“Ini membuktikan Malaysia tidak terbabit dalam sebahagian daripada 14 negara yang disenarai hitam atau dikenakan larangan visa sementara (umrah) oleh kerajaan Saudi baru-baru ini atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk tinggal melebihi tempoh sehingga ditahan pihak berkuasa negara itu.

“Jadi berdasarkan fakta dan statistik yang kerajaan Saudi ada, maka mereka ambil keputusan untuk menyenaraihitamkan 14 negara itu. Alhamdulillah, Malaysia tidak ada (dalam senarai itu),” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pra-Pelancaran Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan bermula 27 April hingga 5 Mei, di Kangar, Perlis.

Datuk Mohd Na’im berkata pihaknya menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) sering mengingatkan jemaah haji dan umrah untuk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan Saudi.

“Malah, dalam pertemuan saya dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, sebelum ini juga, mereka kerap memuji disiplin yang ada dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

“Jadi kita harapkan jemaah haji kita pada 2025 ini akan terus kekalkan prestasi pematuhan kepada peraturan dan undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan Saudi mengenakan larangan visa sementara kepada 14 negara termasuk Indonesia, Bangladesh dan India untuk membantu mengawal perjalanan semasa musim haji dan memastikan keselamatan terkawal.

Kerajaan negara itu turut menahan seramai 18,407 individu dalam tempoh seminggu lalu atas pelbagai kesalahan membabitkan pelanggaran undang-undang imigresen, buruh dan keselamatan sempadan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg