Hamzah fail saman fitnah RM100j terhadap pengasas bersama Bersatu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamzah fail saman fitnah RM100j terhadap pengasas bersama Bersatu

Ia merujuk kepada dakwaan beliau atur 6 AP Bersatu tinggalkan parti dan sokong PM Anwar
Feb 24, 2026 | 4:12 PM

Hamzah fail saman fitnah RM100j terhadap pengasas bersama Bersatu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mantan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri) dan pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof.
Mantan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri) dan pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta ($32.5 juta) terhadap pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof, berhubung satu kenyataan fitnah pada 2023.

Kenyataan fitnah itu merujuk kepada dakwaan beliau mengatur enam Ahli Parlimen (AP) Bersatu untuk meninggalkan parti dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga digelar enam jahanam.

Saman itu difailkan Datuk Hamzah yang juga AP Larut (Perak) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pada 12 Januari lalu menerusi firma guaman Messrs Siddiq Azani & Co dengan menamakan Datuk Redzuan sebagai defendan.

Berdasarkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu, Datuk Hamzah menuntut RM50 juta sebagai ganti rugi am dan masing-masing RM25 juta bagi ganti rugi teruk serta teladan, lapor New Straits Times.

Beliau turut memohon mahkamah mengenakan faedah lima peratus setahun ke atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh keputusan hingga penyelesaian penuh.

Selain itu, Datuk Hamzah memohon perintah supaya Datuk Redzuan menarik balik kenyataan berkenaan dan membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat menerusi media elektronik dan akhbar harian berbahasa Melayu, mengikut terma dipersetujui pihaknya.

Datuk Hamzah mendakwa Datuk Redzuan gagal memohon maaf berhubung kenyataan disiarkan dalam Berita Harian Malaysia pada 5 November 2025 yang disifatkannya sebagai palsu, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya sebagai Ketua Pembangkang serta pemimpin kanan Bersatu ketika itu.

Antara lain, Datuk Hamzah berkata Datuk Redzuan mendakwa beliau menekan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya meletakkan jawatan, menggerakkan enam AP Bersatu menyokong Datuk Anwar serta mensabotaj parti.

Enam AP terbabit ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Encik Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Encik Azizi Abu Naim (Gua Musang); Encik Zahari Kechik (Jeli); Encik Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Datuk Hamzah berkata penyiaran meluas kenyataan itu melalui akhbar dan platform digital mendedahkannya kepada kritikan, kebencian dan cemuhan awam, selain menjejaskan keyakinan ahli parti serta orang ramai terhadap peranannya sebagai Ketua Pembangkang.

Menyusuli itu, beliau menghantar surat tuntutan kepada Datuk Redzuan pada 6 November 2025.

Bagaimanapun, firma guaman Messrs Cheah Teh & Su yang mewakili Datuk Redzuan membalas pada keesokan harinya dengan menafikan bekas AP Alor Gajah (Melaka) itu membuat kenyataan dipertikaikan.

Datuk Hamzah dipecat daripada keahlian Bersatu pada 13 Februari lalu. Sementara itu Datuk Redzuan enggan mengulas lanjut mengenai saman berkenaan dan hanya berkata peguamnya akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg