Kedudukan, arah politik Hamzah jadi tumpuan selepas dipecat Bersatu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kedudukan, arah politik Hamzah jadi tumpuan selepas dipecat Bersatu

Kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang kini jadi persoalan
Feb 16, 2026 | 3:23 PM

Kedudukan, arah politik Hamzah jadi tumpuan selepas dipecat Bersatu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
politik M’sia, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Bersatu, pemecatan
Pengamat politik menyifatkan mantan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin, memainkan peranan cemerlang sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Parlimen. - Foto FACEBOOK HAMZAH ZAINUDIN

Pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada jawatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Februari menarik tumpuan mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kedudukan dan arah tuju politik Datuk Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), yang telah mengisytiharkan mantan ketuanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai musuh nombor satu selepas pemecatan itu, turut mencuri tumpuan selepas menjadi ahli politik bebas.

Berita Harian Malaysia sebelum ini melaporkan Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata kedudukan Datuk Hamzah tidak tergugur secara automatik kerana pelantikan Ketua Pembangkang bergantung pada permuafakatan Ahli Parlimen (AP) pembangkang di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa Datuk Hamzah kini berada dalam kedudukan sebagai AP tanpa parti, dan keadaan itu berbeza dengan individu yang bertanding atas tiket Bebas ketika pilihan raya.

“Kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang bergantung pada permuafakatan AP pembangkang di Dewan Rakyat.

“Selagi tiada lantikan baru diusul untuk disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Lembaga Disiplin Bersatu pada 13 Februari telah memecat keahlian Datuk Hamzah daripada Bersatu, atas tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

Tidak hanya beliau, pada masa sama seramai 16 lagi pemimpin Bersatu lain turut dipecat antaranya termasuk tiga AP Machang (Kelantan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas, Perak); dan Encik Fathul Huzir Ayob (Gerik, Perak).

Dua Ahli Dewan Undangan (Adun) turut dipecat iaitu Adun Sungai Manik (Perak) yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; dan Adun Bemban (Melaka), Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Malaysiakini pula melaporkan Datuk Hamzah, yang juga AP Larut (Perak), sedang memulakan gerakan yang dinamakan sebagai ‘reset’ landskap politik, sama ada dengan kembali kepada ‘rakan lama’ atau bersama ‘rakan baru’.

“Sertai saya dalam perjuangan ikhlas untuk masa depan negara,” katanya ketika satu perhimpunan bersama penyokongnya di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur, pada 14 Februari lalu.

Sementara itu ditanya Berita Harian (BH), pengamat politik, Profesor Dr Azmi Hassan, berkata meskipun Tan Sri Muhyiddin kini dilihat mempunyai kawalan lebih besar terhadap Bersatu menyusuli pemecatan Datuk Hamzah, sokongan di peringkat akar umbi dan dalam kalangan AP parti itu jelas lebih memihak kepada Datuk Hamzah.

Ketika ini, sekurang-kurangnya 18 AP Bersatu dikatakan berada dalam kem Datuk Hamzah, manakala hanya empat AP Bersatu menyokong Tan Sri Muhyiddin.

“Walaupun jawatan Ketua Pembangkang tidak tergugur secara automatik menyusuli pemecatan daripada jawatan parti, Tan Sri Muhyiddin dijangka tidak lagi mahu Datuk Hamzah meneruskan peranan tersebut.

“Bagaimanapun, dalam masa sama, PAS (Parti Islam SeMalaysia) dijangka mahukan Datuk Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang. Pendirian itu dilihat mempunyai dimensi politik tersendiri, khususnya dalam konteks hubungan antara PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional.

“PAS yang mempunyai jumlah AP lebih besar berbanding Bersatu di Dewan Rakyat berpotensi memainkan peranan penting dalam menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti sebagai Ketua Pembangkang dan Datuk Hamzah dilihat mempunyai kelebihan dari segi sokongan,” katanya.

Mengenai bakal pengganti Datuk Hamzah sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Profesor Dr Azmi berpandangan dua nama yang dilihat berpotensi mengisi kekosongan itu iaitu Naib Presiden, Datuk Mohd Radzi Jidin atau Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ketokohan Datuk Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pula tidak boleh dinafikan. Mungkin atas sokongan PAS beliau akan kekal sebagai Ketua Pembangkang. Namun jika sekali pun tempatnya perlu diganti, Datuk Mohd Radzi dilihat berkemampuan,” katanya.

Profesor Dr Azmi berkata beberapa isu yang menimbulkan ketegangan antara PAS dengan Bersatu sebelum ini antaranya peralihan Menteri Besar daripada PAS kepada Bersatu dan ‘helah’ Tan Sri Muhyiddin yang melengahkan peralihan kuasa Pengerusi PN kepada PAS, menyebabkan PAS lebih selesa dengan Datuk Hamzah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg