Hukuman lebih tegas didesak susulan kes penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk di Selangor
Hukuman lebih tegas didesak susulan kes penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk di Selangor
Mar 30, 2026 | 5:47 PM
Hukuman lebih tegas didesak susulan kes penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk di Selangor
Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh pemandu mabuk dalam nahas di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pada 29 Mac, sekali gus menghangatkan semula desakan supaya undang-undang lebih tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dalam nahas jalan raya.
Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi 29 Mac itu, mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33 tahun, maut di tempat kejadian, akibat terpelanting selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan usia 20-an tahun.
Laporan berkaitan
Ibu, dua anak maut dalam nahas pulang dari majlis kahwin di TerengganuMar 24, 2026 | 1:48 PM
Wanita tampar pemandu teksi ketika mabuk dijel 2 minggu Feb 19, 2026 | 7:14 PM
Pemandu S’pura, polis JB parah dilanggar pemandu mabukJan 29, 2026 | 5:51 PM
Penumpang mabuk diselamatkan setelah jatuh ke landasan LRT di Bukit Panjang Nov 4, 2025 | 4:41 PM

