Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu tuntut siasatan kematian anak di pusat latihan tentera di Johor

Aug 1, 2025 | 6:56 PM
Cik Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 tahun, menunjukkan gambar anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, yang meninggal dunia semasa menjalani latihan tentera di Johor.
Cik Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 tahun, menunjukkan gambar anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, yang meninggal dunia semasa menjalani latihan tentera di Johor. - Foto HARIAN METRO

IPOH (Perak): Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menuntut agar siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya sewaktu menjalani latihan pada 28 Julai lalu.

Cik Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 tahun, berkata anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22 tahun, meninggal dunia semasa menjalani latihan Palapes UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor, dengan sebab kematian belum jelas.

Katanya pemerhatian terhadap jenazah anaknya sewaktu menjalani bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor, mendapati kecederaan teruk pada tubuh yang tidak selaras dengan maklumat awal bahawa kematian berpunca daripada sawan.

Menurutnya, selain pendarahan dalam kuantiti banyak khususnya pada hidung dan mata yang dipercayai terjadi akibat hentakan kuat di kepala, terdapat beberapa kecederaan lain seperti lebam dan luka pada badan termasuk leher serta bahu anaknya.

“Pada awalnya saya dimaklumkan oleh pihak Palapes bahawa sebab kematian anak saya adalah kerana kekejangan dan sawan ketika menyertai latihan itu pada hari ketiga, sedangkan ketika saya melihat jenazahnya sangat menyayat hati dengan kesan kecederaan pada tubuh.

“Saya tak berpuas hati dengan alasan diberikan pihak Palapes UTM bahawa keadaan anak saya itu berpunca daripada sawan,” katanya pada sidang media pada 1 Ogos, lapor Harian Metro.

Palapes ialah program latihan ketenteraan yang dikendalikan secara kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan institusi pengajian tinggi awam, bertujuan melatih mahasiswa dan mahasiswi menjadi pegawai simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Kata Cik Ummu Haiman, berikutan itu satu laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor, pada 31 Julai, bagi menuntut siasatan segera.

“Setakat ini punca kematian diklasifikasikan sebagai ‘menunggu hasil penyelidikan makmal’ dan saya difahamkan laporan sampel yang dihantar ke makmal itu diperoleh dalam masa tiga bulan,” katanya.

Kata Cik Ummu Haiman lagi, Syamsul Haris adalah pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM, dan menyertai latihan Palapes UTM bermula 26 Julai lalu dan dijadual berakhir pada 3 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg