Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imigresen M’sia siasat orang dalam jadi tali barut sindiket Pas Lawatan Sosial

Aug 19, 2024 | 4:49 PM
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh (tengah), menunjukkan barangan yang dirampas selepas menumpaskan sindiket ejen haram dalam operasi khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Putrajaya.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh (tengah), menunjukkan barangan yang dirampas selepas menumpaskan sindiket ejen haram dalam operasi khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Putrajaya. - Foto JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia sedang menyiasat dan tidak menolak kemungkinan ada pegawainya menjadi ‘tali barut’ dan terlibat dengan sindiket ejen haram Pas Lawatan Sosial (PLS) di Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata ia susulan penahanan empat warga tempatan termasuk dua dalang utama sindiket hasil serbuan di tujuh lokasi berbeza dalam Operasi Khas pada 15 Ogos lalu.

Beliau berkata berdasar risikan selama dua minggu, pasukan operasi juga berjaya menahan dua wanita warga China yang disyaki anggota sindiket.

Katanya, turut ditahan termasuk seorang lelaki warga China yang dipercayai sebagai pelanggan dan wanita warga Filipina yang juga pembantu rumah kepada seorang dalang utama berusia antara 33 hingga 53 tahun.

Menurut Datuk Ruslin, modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan PLS Jangka Panjang dan Jangka Pendek untuk tinggal lebih lama di Malaysia.

“Sindiket ini menggunakan aplikasi Wechat dan media sosial dengan bayaran bermula RM1,200 ($359) bagi kemudahan Pas Khas dan RM15,000 bagi kemudahan PLS.

“Imigresen tidak pernah melantik ejen untuk mendapatkan Pas Khas atau PLS dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti pihak yang terlibat,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Serbuan dilakukan ke atas tujuh lokasi berbeza membabitkan Cheras, Mid Valley, Desa Pandan, Taman Midah dan Sungai Besi di Kuala Lumpur; selain Sepang, Selangor dan Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Hasil serbuan pasukan operasi merampas 107 pasport antarabangsa pelbagai negara terdiri daripada 100 pasport China; dua pasport Taiwan dan tiga pasport Thailand.

Selain itu rampasan turut membabitkan pasport masing-masing satu Republik Vanuatu, Dominica, borang permohonan Pas Lawatan, wang tunai RM57,260 serta mata wang Thai bhat sebanyak 29,660.

Turut disita lima kenderaan terdiri daripada dua jenama BMW dan masing-masing sebuah Volkswagen, Perodua Myvi dan Suzuki Swift.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg