Isu dana zakat: Timbalan Ketua Menteri I P. Pinang beri keterangan di SPRM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu dana zakat: Timbalan Ketua Menteri I P. Pinang beri keterangan di SPRM

Siasatan tentukan jika terdapat salah laku atau isu berkait tadbir urus
Mar 2, 2026 | 3:04 PM

Isu dana zakat: Timbalan Ketua Menteri I P. Pinang beri keterangan di SPRM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, Pulau Pinang, Penang, Dr Mohamad Abdul Hamid, SPRM, zakat
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, bagi memberi keterangan berhubung isu penyelewengan dana zakat. - Foto NSTP

GEORGETOWN (Pulau Pinang): Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown, Pulau Pinang, pada 2 Mac.

Difahamkan kehadiran Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu adalah berkaitan dengan siasatan mengenai tuduhan penyalahgunaan dana zakat yang dikaitkan dengannya.

Siasatan itu dimulakan SPRM selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang membangkitkan isu tersebut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada penghujung 2025.

Pada akhir Januari lalu, SPRM dilaporkan telah memperoleh dokumen berkaitan untuk dikaji dan disiasat, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy, berkata siasatan itu bertujuan memastikan kebenaran perkara tersebut serta menilai sama ada terdapat unsur salah laku atau isu berkaitan tadbir urus.

Datuk Mohamad, sebelum ini, memaklumkan tuduhan terhadapnya berhubung siasatan penyalahgunaan dana zakat hanyalah bermotifkan politik.

Beliau menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam siasatan.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Chow Kon Yeow, telah menolak gesaan supaya timbalannya meletakkan jawatan menyusuli siasatan kes berkenaan.

Media Malaysia sebelum ini melaporkan SPRM Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Datuk Mohamad merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebelum ini juga mengesahkan siasatan tersebut dan berkata agensi berkenaan telah ke pejabatnya bagi mengambil dokumen berkaitan.

Menyusuli dakwaan itu, MAINPP menerusi kenyataan akhbar, melaporkan agensi berkenaan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba membuat tohmahan dan menyebarkan fitnah berkaitan isu bantuan khas asnaf serta perolehan tanah seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha MAINPP, Datuk Rosidi Hussain, berkata dakwaan, polemik dan fitnah yang ditularkan terutama mengaitkan Timbalan Ketua Menteri I dalam isu berkenaan dilihat berniat jahat untuk menjejas imej institusi MAINPP. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg