Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Johor cadang bina sistem transit bertingkat atasi sesak teruk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor cadang bina sistem transit bertingkat atasi sesak teruk

Apr 17, 2024 | 10:49 AM



ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mencadangkan pelaksanaan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat bagi mengatasi kesesakan di pusat bandar raya ini, yang semakin kritikal.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata cadangan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Menurutnya, cadangan itu juga sudah disampaikan kepada kerajaan persekutuan bagi diperhalusi.

“Kita sebenarnya bimbang mengenai kesesakan di tengah bandaraya ini apabila Sistem Transit Rapid (khidmat kereta api Johor- Singapura, RTS Link) beroperasi pada penghujung 2026 nanti.

“Ini kerana lebih 10,000 pengguna dianggarkan akan menggunakan khidmat RTS dalam tempoh sejam, sekali gus berpotensi menyebabkan kesesakan bertambah buruk di pusat bandar raya ini nanti.

“Kerajaan Johor risau jika tiada langkah proaktif dalam melakukan pelan penyuraian (bersurai) trafik, kesesakan di pusat bandar raya ini akan menjadi lebih kritikal apabila RTS beroperasi nanti.

“Johor perlu ada pelbagai pilihan pengangkutan awam bagi memastikan kesesakan dapat diatasi. Atas sebab itulah kita mencadangkan pelaksanaan ART bertingkat menghubungkan beberapa kawasan strategik dengan pusat bandar raya ke RTS,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di sini pada 16 April.

Terdahulu, Datuk Onn Hafiz melancarkan bas elektrik Handal Indah Sdn Bhd, operator bas Malaysia-Singapura, sekali gus pemegang rekod Malaysia Book of Records sebagai perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama negara.


Dalam pada itu, Datuk Onn Hafiz berkata kerajaan persekutuan bersetuju meletakkan Johor sebagai satu daripada anggota Jawatankuasa Kabinet bagi menangani isu kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Johor sudah jadi anggota jawatankuasa kesesakan itu bertujuan mengatasi dan meredakan kesesakan di Johor, termasuk di pintu sempadan yang mengalami isu berkenaan.

“Kerajaan Johor serius mahu menangani kesesakan kritikal di pusat bandar raya, termasuk di Jalan Skudai dan Persimpangan Bertingkat Perling dan Pasir Gudang selain sempadan kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >