Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kastam M’sia tumpas 539 kes dengan nilai rampasan RM209j dalam 2025

Sep 29, 2025 | 4:02 PM
Kastam M’sia, 39 kes dengan nilai rampasan RM209j dalam 2025
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor, Encik Mohamad Azhar Ahmad Paharazi (kanan), menunjukkan rampasan pelbagai komoditi oleh jabatan itu sejak Januari hingga Ogos lalu. - Foto NSTP

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaskan 539 pelbagai kes dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM209.2 juta ($64.2 juta) termasuk cukai dan duti bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Encik Mohamad Azhar Ahmad Paharazi, berkata antara barangan komoditi yang dirampas termasuk minuman keras, tembakau, mercun, dadah, skrap, besi, barangan elektrik, daging sejuk beku dan lain-lain.

“Dari segi perincian penguatkuasaan yang dilaksanakan, kes membabitkan minuman keras paling banyak dengan jumlah 57 kes bernilai RM6.8 juta dan cukai RM28.9 juta, manakala rokok pula sebanyak 39 kes dengan nilai RM3.23 juta dan cukai RM26.33 juta.

“Siasatan mendapati (permintaan untuk) minuman keras biasanya untuk perayaan dan majlis utama yang menyebabkan ramai cuba bawa masuk (secara haram) bagi mengelak cukai serta duti tinggi untuk komoditi ini.

“Bagi semua 539 kes berkenaan, masih ada dalam siasatan lagi sebab perlu dapatkan maklumat kes disiasat daripada Jabatan Kimia dan lain-lain jabatan serta agensi berkaitan,” katanya pada sidang media di Wisma JKDM Selangor, Pulau Indah, Klang, Selangor, pada 29 September, lapor Berita Harian Malaysia.

Encik Mohamad Azhar berkata antara kejayaan terkini JKDM Selangor ialah menumpaskan aktiviti penyeludupan barang larangan bernilai kira-kira RM6.05 juta termasuk cukai dan duti membabitkan komoditi mangkuk tandas dan sinki, daging beku, minuman keras serta telefon pintar dan bijih timah.

“Pada 15 Julai dan 1 Ogos lalu, JKDM Selangor menahan dua kontena bersaiz 40 kaki di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan menemui 654 unit mangkuk tandas serta 1,600 unit sinki dipercayai diimport tanpa sijil kelulusan.

“Jumlah nilai rampasan dianggarkan RM852,400, manakala duti atau cukai yang terbabit sebanyak RM319,650.

“Pengimportan mangkuk tandas dan sinki tertakluk kepada Permit Import dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) seperti digariskan di bawah Butiran 2, Bahagian I, Jadual Keempat,Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya.

Sementara itu, Encik Mohamad Azhar berkata pada 23 Julai dan 11 Ogos lalu, tiga kontena bersaiz 40 kaki, masing-masing dua kontena di kawasan Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang dan satu kontena di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, ditahan dengan rampasan dada ayam beku dan itik beku dipercayai diimport tanpa permit.

“Rampasan ayam beku sebanyak 51.6 tan dengan anggaran nilai RM1.52 juta termasuk duti/cukai, manakala itik beku sebanyak 24.2 tan dengan anggaran nilai rampasan RM406,164.

“Pihak sindiket cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengikrarkan sayur campuran dan kentang goreng sejuk beku.

“Pada 11 Julai pula, JKDM Selangor merampas 4,462.50 liter minuman keras pelbagai jenis dan 360 unit telefon pintar dipercayai tidak mempunyai permit import dengan nilai dagangan minuman keras pelbagai jenis berjumlah RM122,171 termasuk duti/cukai, manakala telefon pintar pula dianggarkan berjumlah RM203,490 termasuk duti/cukai,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga kes sedang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan tanpa permit sah dan Seksyen 133 (1)(a)Akta Kastam 1967 iaitu membuat pengikraran tidak benar.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg