KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, bahawa 14 Adun Umno lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan, susulan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, didakwa meleset sama sekali.

Sebaliknya, 12 daripada 14 Adun tersebut dikatakan menyambut baik keputusan pucuk pimpinan Umno untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan negeri itu.