Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kenaikan cukai: Industri hotel M’sia harap kerajaan bantu kurangkan kos lain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kenaikan cukai: Industri hotel M’sia harap kerajaan bantu kurangkan kos lain

Mar 01, 2024 | 05:00 PM



Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berharap kerajaan dapat membantu meringankan bebanan kos operasi hotel yang dijangka bertambah ekoran kenaikan kadar cukai perkhidmatan kepada 8 peratus bermula 1 Mac, berbanding 6 peratus sebelum ini.

Presiden MAH, Datin Christina Toh, berkata antaranya adalah kerajaan Malaysia boleh memperkenalkan tarif khas bekalan elektrik untuk industri perhotelan.

“Kenaikan kadar surcaj elektrik kepada pengguna bukan domestik pada 2023 telah meningkatkan perbelanjaan utiliti untuk operasi hotel sebanyak 20 hingga 30 peratus.

“Jika kerajaan menawarkan kadar industri kepada hotel, ini dapat membantu hotel mengimbangi kos mereka.

“Perbelanjaan yang dijimatkan ini kemudiannya dapat digunakan oleh hotel untuk memberi tawaran lebih baik kepada pengguna.

“Kerajaan juga boleh memperkenalkan rebat cukai peribadi kepada rakyat untuk merancakkan pelancongan domestik, sekali gus melonjakkan ekonomi negara,” katanya semasa dihubungi Berita Harian (BH).


Pada 1 Mac, industri perhotelan antara yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan 2 peratus, iaitu dari 6 peratus kepada 8 peratus.

Datin Christina berkata susulan peningkatan cukai perkhidmatan itu, pengusaha hotel akan menjalankan semakan harga secara berkala untuk menentukan kadar harga bilik bagi menampung kenaikan kos operasi.

“Berikutan kesan domino daripada peningkatan kadar cukai ini terhadap rantaian barang dan perkhidmatan, pengusaha hotel mungkin tiada pilihan melainkan meningkatkan harga bilik untuk menjamin kelangsungan operasi.

“Dianggarkan kadar penginapan hotel akan meningkat antara 10 dengan 30 peratus untuk pengguna, namun ia tidak akan berlaku secara drastik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar KIP Hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Cik Khalidah Dan Yunan, berkata tempoh penguatkuasaan kenaikan cukai perkhidmatan yang dibuat dalam tempoh singkat selepas pengumumannya dalam Belanjawan 2024 pada Oktober 2023 memberi kesan kepada pengusaha hotel di Malaysia.

Menurutnya, ia menyebabkan pengusaha hotel berdepan kerugian dalam mengurus tempahan penginapan awal oleh pelanggan.

“Kebiasaannya pengusaha hotel memulakan promosi untuk tahun berikutnya pada September dan Oktober tahun semasa.

“Maksudnya, pada September dan Oktober setiap tahun kita sudah menghantar sebut harga kepada pelanggan untuk tempahan bagi tahun akan datang.

“Ini bermakna sebut harga yang diberi lebih awal adalah mengikut kadar lama, tanpa mengambil kira peningkatan kos lain. Jadi ia menyebabkan hotel terutama yang kecil dan tiga bintang ke bawah agak terkesan,” katanya semasa ditemui BH.

Beliau berkata penguatkuasaan kenaikan cukai yang hampir dengan Ramadan juga turut memberi kesan kepada pengusaha hotel, berikutan bulan berkenaan adalah musim perlahan bagi perniagaan hotel kerana jumlah tetamu hotel jauh berkurangan, berbanding bulan lain. 

“Kenaikan cukai itu ketika industri hotel berdepan musim perniagaan perlahan pada Ramadan juga akan menjejas pendapatan hotel dalam menyerap kenaikan kos operasi termasuk cukai ini,” katanya.

Cik Khalidah turut berkongsi pasaran pelanggan hotel bertaraf tiga bintang ke bawah berbeza dengan hotel empat dan lima bintang menyebabkan hotel berkenaan lebih terkesan dengan pelaksanaan cukai perkhidmatan 8 peratus.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini harga bilik di hotel berkenaan masih kekal pada kadar lama, namun tidak menolak akan berlaku peningkatan harga secara berperingkat, bergantung kepada kesan kenaikan kos operasi ditanggung pihak hotel.

“Hotel empat dan lima bintang pelanggan sasarannya adalah pertengahan dan ke atas, berbeza dengan hotel tiga bintang ke bawah yang lebih menjadi pilihan pelanggan berpendapatan sederhana.


“Buat masa ini kita masih kekalkan harga bilik pada kadar lama, namun tidak menolak kemungkinan keperluan untuk menaikkan harga. Kita sangat menghargai pelanggan, justeru sebolehnya tidak mahu pelanggan terkesan,” katanya.


Oleh itu katanya setakat ini pihak hotel berusaha menyerap segala kenaikan kos tanpa menaikkan kadar harga bilik dengan meningkatkan promosi bagi menarik pelanggan.


Kongsi Cik Khalidah, selain penyediaan premis penginapan yang dikenakan kenaikan cukai berkenaan, restoran di hotel, sewaan ruang iklan dan ruang perniagaan, khidmat bankuet dan katering serta pakej seminar, latihan dan mesyuarat di hotel turut tertakluk kepada kenaikan cukai berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >