Ketua SPRM tegas tidak akan letak jawatan, ratusan sertai himpunan di KL tuntut Azam ditahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua SPRM tegas tidak akan letak jawatan, ratusan sertai himpunan di KL tuntut Azam ditahan

Feb 16, 2026 | 1:59 PM

Ketua SPRM tegas tidak akan letak jawatan, ratusan sertai himpunan di KL tuntut Azam ditahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua SPRM, Azam Baki, perhimpunan, KL, Rafili
Ratusan berhimpun berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada 15 Februari, menuntut Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang terpalit skandal pemilikan saham untuk digantung sementara siasatan dijalankan. - Foto FACEBOOK RAFIZI RAMLI

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang kini disiasat atas isu pemilikan saham, bertegas tidak akan akur kepada gesaan agar beliau bercuti atau meletak jawatan demi melancarkan siasatan.

Penegasan ini diungkapkan tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat menepis desakan untuk beliau digantung tugas atau berundur, meskipun banyak seruan dibuat termasuk dalam perhimpunan besar-besaran ‘Himpunan Tangkap Azam Baki’ di tengah ibu kota.

Himpunan pada 15 Februari itu turut dihadiri mantan menteri dan mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli, yang sebelum ini pernah mempersoalkan keputusan kerajaan menyambung kontrak Tan Sri Azam berulang kali.

Menurut laporan Malaysiakini, Tan Sri Azam menyatakan beliau akan terus melaksanakan tugas seperti biasa, sambil pada masa yang sama bersedia memberikan kerjasama penuh kepada siasatan.

“Saya tak perlu bercuti. Kalau nak (saya) bercuti beritahu saya berapa ramai yang kena tuduh sekarang ini di mahkamah (tetapi) masih lagi bertugas. Apa masalahnya? Saya ada buat jenayah ke?” katanya.

Pada petang 15 Februari, ratusan turun ke jalan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi menggesa peletakan jawatan dan penahanan Tan Sri Azam menyusuli skandal pemilikan sahamnya yang dilaporkan Bloomberg, termasuk dakwaan pegawai SPRM bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk mengambil alih syarikat lain secara paksa.

Selain Tan Sri Azam, peserta ‘Himpunan Tangkap Azam Baki 2.0’ anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu turut menyasarkan Datuk Anwar yang menurut mereka mempertahankan Tan Sri Azam daripada desakan letak jawatan sementara siasatan bebas dijalankan terhadapnya.

Datuk Rafizi ketika berucap pada himpunan itu mengingatkan Datuk Anwar dan kerajaan Madani supaya tidak memandang rendah sentimen rakyat, terutama anak muda.

Ahli Parlimen Pandan (Kuala Lumpur) itu mengingatkan kerajaan bahawa lebih banyak protes akan dibuat jika tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Azam.

“Kalau kerajaan masih ‘keluk kelik’ (dolak dalih) macam sekarang, tidak mahu gantung Azam Baki dan tidak mahu adakan satu siasatan bebas dan telus, maka kita tidak ada pilihan lain kecuali untuk turun berkali-kali sehingga Azam Baki turun,” katanya.

Datuk Rafizi turut mengingatkan Datuk Anwar bahawa beliau sebagai Ketua Pembangkang pada 2022 pernah menyokong gesaan agar Tan Sri Azam berundur.

Justeru, kata Datuk Rafizi, rakyat hari ini memang menjangkakan pendirian dan tindakan yang sama daripada Datuk Anwar.

Pada 12 Januari 2022, Datuk Anwar dan beberapa lagi pemimpin daripada PH termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan bersama yang menuntut Tan Sri Azam dan dua individu lain digantung bagi membolehkan siasatan bebas dilakukan berikutan skandal pemilikan saham.

Pada penghujung 2021, Tan Sri Azam menjadi tumpuan berikutan pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelumnya KBES Berhad) pada 30 April 2015, bernilai kira-kira RM772,000 ($249,679) pada waktu itu.

Ketika ini, Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan pada 13 Februari dan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Moktar, telah memulakan siasatan berhubung isu pemilikan saham Tan Sri Azam.

Jawatankuasa itu akan melaksanakan siasatan secara terperinci bagi memberikan pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat. 

Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Anwar dan Pihak Berkuasa Tatatertib untuk pertimbangan lanjut berdasarkan tatacara sewajarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg