Khairul Aming alami penyahhidratan selepas dua minggu urus Rembayung

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairul Aming alami penyahhidratan selepas dua minggu urus Rembayung

Dinasihatkan doktor untuk dapatkan rehat yang cukupi, minum air banyak
Jan 22, 2026 | 6:56 PM

Khairul Aming alami penyahhidratan selepas dua minggu urus Rembayung

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Khairul Aming, hospital, dehidrasi, rembayung, pelanggan
Pempengaruh dan usahawan popular Malaysia, Encik Khairul Aming, tidak cukup rehat sehingga mengalami penyahhidratan sejak pembukaan restoran Rembayung di Kuala Lumpur, pada 6 Januari.  - Foto fail

Dua minggu selepas pembukaan restoran Rembayung yang mencetuskan tumpuan ramai termasuk rakyat Singapura, pempengaruh dan usahawan popular Malaysia, Encik Khairul Aming, terpaksa mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerana mengalami penyahhidratan. 

“Selepas mengambil gambar dengan 7,000 pelanggan, doktor nasihatkan saya minum air banyak-banyak. Dehidrasi,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Encik Khairul, 34 tahun, turut menambah semuanya baik sahaja, hanya perlu mendapatkan cukup yang rehat.

Perkembangan itu yang dikongsikan oleh Encik Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman di aplikasi Thread mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikutnya.

Dalam ruangan komen, ratusan pengikut mengingatkannya untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk bekerja.

Malah, ada pengikut yang bermurah hati menawarkan air zam-zam, selain menasihatkannya supaya segera berumah tangga agar ada yang dapat menjaga kebajikannya.

“Kalau Tuan KA (Khairul Aming) mahu sedikit air zam-zam yang saya bawa dari tanah suci baru-baru ini, beritahu saja. Sekadar membantu, insya-Allah berkat air zam-zam ada khasiat tersendiri,” tulis pengikut dengan nama mohdamirfarhan.

“Alamak, pengantin ambil gambar senyum-senyum dengan tetamu 500 orang pun dah kejung rahang, 7,000 sampai dehidrat ek. Masya-Allah. Syafa-kallah KA!,” tulis lin_ariffin.

Sejak pembukaan Rembayung pada 6 Januari lalu, Encik Khairul hampir setiap hari berada di restoran sepanjang hari untuk menyambut dan menyantuni pelanggan.

Rata-rata pelanggan yang datang akan merakamkan kenangan sama ada berbentuk video atau gambar kenangan dengan pempengaruh itu.

Dalam kalangan peminat dan pengikutnya, Encik Khairul Aming dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja dan sentiasa komited tanpa mengenal erti penat.

Rembayung yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, menggunakan sistem tempahan awal dan menyajikan menu masakan kampung menerima lebih 450 pelanggan pada hari pertama pembukaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg