Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki sokong hubungan diplomatik M’sia-Israel ditahan polis

Dec 7, 2023 | 3:14 PM
UNDANG AMARAH: Victor Yong, 36 tahun menimbulkan kemarahan  rakyat Malaysia apabila menyokong Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel menerusi temu bual dengan pempengaruh media sosial dari Israel, Hananya Naftali, baru-baru ini.
UNDANG AMARAH: Victor Yong, 36 tahun menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila menyokong Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel menerusi temu bual dengan pempengaruh media sosial dari Israel, Hananya Naftali, baru-baru ini. - Foto FACEBOOK MOHAMMAD ASWAD

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia susulan kenyataannya menyokong normalisasi hubungan diplomatik Malaysia dan Israel, ditahan polis di Johor Bahru pada 6 Disember.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Victor Yong, 36 tahun, direman tiga hari sehingga 8 Disember, bagi membantu siasatan kenyataannya ketika ditemu bual pempengaruh media sosial dari Israel, Hananya Naftali, yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pada masa ini, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Undang-Undang Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan lapor Berita Harian Malaysia pada 6 Disember.

Datuk Mohd Shuhaily berkata kes itu masih di peringkat siasatan dan orang ramai disarankan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau ulasan yang boleh mengganggu siasatan.

Pada 5 Disember 2023, sekumpulan individu membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang mendesak pihak polis menyiasat temu ramah antara Yong dengan Hananya.

Dalam video temu bual sepanjang 5.33 saat yang disiarkan dalam laman sosial X Hananya, Yong mendakwa perlunya ada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel.

Dalam temu bual itu, Yong yang mengaku berasal dari Johor Bahru, menyatakan rakyat Malaysia kononnya mempunyai pandangan yang silap mengenai Israel dan elemen kebencian itu dibawa oleh kumpulan Fatah dan Hamas yang disalurkan kepada rakyat Malaysia.

Malah, Yong juga menyatakan perlunya ada normalisasi hubungan antara Malaysia dengan Israel di mana kedutaan Israel harus diwujudkan di negara itu dan kerajaan Malaysia juga harus mempunyai kedutaan di Israel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg