Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lelaki tipu restoran, pelanggan dengan tampal kod QR sendiri di Seremban

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki tipu restoran, pelanggan dengan tampal kod QR sendiri di Seremban

Dec 01, 2023 | 06:11 PM



KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu makan percuma di restoran, seorang lelaki dikesan sanggup menipu dengan memanipulasi kaedah bayaran secara digital.


Dalam satu kejadian yang difahamkan berlaku di Seremban, Negeri Sembilan, seorang pelanggan restoran yang dikenali sebagai Ying, berkongsi pengalaman mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan.

Ying berkata pelanggan berkenaan seolah-olah membuat pembayaran makanannya melalui kemudahan kod QR Touch ‘n Go.

Namun hakikatnya, pelanggan itu bertindak licik dengan menampal kod QR yang dicetaknya sendiri di kaunter sebelum berlakon ‘membayar’ makanannya dan keluar dari restoran seperti tiada apa yang berlaku.

Lebih malang, beberapa pelanggan lain turut membayar bil mereka melalui kod QR milik pelanggan tidak dikenali itu.

Ketika Yin menyedari kejadian terbabit, pelanggan tidak dikenali itu dipercayai sudah menerima lebih RM100 ($28.50) hasil ‘bayaran’ oleh pelanggan lain yang menikmati makanan di situ.

“Jika pelanggan itu boleh memperoleh RM100 dari satu kedai, bayangkan berapa banyak yang dia peroleh jika dia makan di 100 kedai!

“Dia boleh memperoleh lima angka ‘pendapatan’ setiap bulan dengan hanya menipu orang lain!,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 1 Disember.


Pada masa sama, Ying turut mendedahkan kepada orang ramai bahawa mereka berjaya mengenal pasti pelanggan tidak dikenali itu, yang juga lelaki berusia 53 tahun dan menetap di Seremban.

Sementara itu, seorang pekerja di restoran terbabit yang mahu dikenali sebagai Loke berkata, pihak restoran tidak menyedarinya kerana ketika kejadian, ia sesak dengan pelanggan keluar masuk secara serentak.

Beliau berkata, kod QR yang ditampal itu tidak menggambarkan nama restoran itu dan hanya menyedari selepas dimaklumkan oleh seorang pelanggan.

“Kami tidak dapat melihat lelaki itu kerana kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.”

“Bayangkan jika tiada siapa yang benar-benar perasan kod QR yang mencurigakan itu, lelaki terbabit boleh memperoleh bukan hanya ratusan malah ribuan dalam sehari,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >