Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letak kereta awam dimonopoli kenderaan pekerja M’sia di S’pura, jejas peniaga tempatan

Jul 16, 2024 | 4:57 PM
Tindakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memenuhi petak letak kereta di kawasan komersial di Johor Bahru, sebelum menaiki pengangkutan awam ke Singapura seawal 5 pagi menjejas peniaga dan pelanggan.
Tindakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memenuhi petak letak kereta di kawasan komersial di Johor Bahru, sebelum menaiki pengangkutan awam ke Singapura seawal 5 pagi menjejas peniaga dan pelanggan. - Foto fail NSTP

JOHOR BAHRU: Tempat letak kereta di kawasan komersial di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, sesak dimonopoli kenderaan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, hingga menjejas peniaga di situ yang kehilangan pelanggan gara-gara sukar mendapat petak letak kereta.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon Skudai Baru, Encik Lim Soon Hai, berkata rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura biasanya meletakkan kenderaan mereka di situ seawal 5 pagi, sebelum merentasi seberang Tambak untuk ke tempat kerja.

“Sejak awal pagi, tempat letak kereta sudah mula penuh walaupun perniagaan di kawasan ini hanya mula beroperasi dari 7 pagi ke atas.

“Lebih menyusahkan, banyak kenderaan diletakkan di situ dalam tempoh panjang kerana mereka hanya akan pulang bekerja dari Singapura selepas 10 malam,” katanya, lapor The Star.

Menurut Encik Lim, tempat letak kereta di situ hanya akan menjadi lapang pada hari Ahad atau cuti umum di Singapura, kerana penduduk tempatan tidak pergi bekerja.

“Apabila saya datang untuk bertemu dengan peniaga yang beroperasi di sini, saya berdepan masalah mencari tempat letak kereta dan perlu membuat sehingga tiga kali pusingan untuk mencari petak letak kereta yang kosong,” katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri pertemuan dengan 13 peniaga di kawasan itu bagi menangani masalah yang dihadapi.

Encik Lim berkata peniaga kecewa dengan sikap ambil mudah warga tempatan yang bekerja di Singapura meletakkan kenderaan di situ dalam tempoh panjang kira-kira 15 jam menyebabkan pelanggan sukar mendapatkan tempat letak kereta.

“Jika isu tempat letak kereta tidak diselesaikan, peniaga mungkin akan kehilangan pelanggan dan punca pendapatan mereka,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, berkata pihaknya menyedari isu itu dan kini sedang dalam perancangan untuk membina tempat letak kereta bertingkat berhampiran kawasan berkenaan.

“Kami baru saja menerima kelulusan untuk menggunakan tapak kosong berhampiran Hotel Granada (Johor Bahru) untuk projek itu yang dijangka dimulakan pada 2025 dan siap pada 2026. Diharap ia dapat menangani masalah kesesakan tempat letak kereta di kawasan itu,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg