Mahathir dibenar bermalam di rumah, namun teruskan rawatan IJN pada siang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir dibenar bermalam di rumah, namun teruskan rawatan IJN pada siang

Feb 6, 2026 | 3:46 PM

Mahathir dibenar bermalam di rumah, namun teruskan rawatan IJN pada siang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (berkerusi roda), kelihatan ceria ketika keluar sebentar daripada Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, untuk ke sebuah pusat beli belah bagi menikmati minuman coklat ais pada 27 Januari lalu.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (berkerusi roda), kelihatan ceria ketika keluar sebentar daripada Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, untuk ke sebuah pusat beli belah bagi menikmati minuman coklat ais pada 27 Januari lalu. - Foto PEJABAT TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dibenarkan menjalani home leave selepas sebulan mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, akibat patah tulang pinggul pada 6 Januari lalu.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Encik Sufi Yusoff, dalam satu kenyataan memaklumkan dengan kebenaran home leave, Dr Mahathir dibenarkan pulang bermalam di rumah.

Namun beliau tetap perlu hadir ke IJN pada waktu siang untuk meneruskan rawatan, fisioterapi dan pemerhatian oleh pasukan perubatan.

Encik Sufi berkata pasukan perubatan IJN melaporkan tahap pemulihan Dr Mahathir adalah memuaskan, dengan tindak balas positif terhadap proses rawatan dan fisioterapi yang dijalankan. 

“Walaupun dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat, Dr Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN.

“Pakar perubatan juga masih menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini,” katanya dalam kenyataan pada 6 Februari.

Encik Sufi berkata Dr Mahathir, isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bertanyakan keadaan kesihatan beliau dan mendoakan kesejahteraannya.

Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada pagi 6 Januari lalu, bagi rawatan patah tulang pinggul kanan setelah terjatuh ketika melakukan rutin senaman di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Pada 27 Januari lalu, Dr Mahathir mencuri perhatian apabila dilihat keluar sebentar dari IJN bersama Dr Siti Hasmah untuk mengunjungi sebuah kafe di pusat beli belah Pavilion Damansara, Kuala Lumpur, dan menikmati minuman coklat ais.

Terdahulu, doktor pakar dan pasukan perubatan IJN tidak menyarankan pembedahan untuk rawatan pemulihan kecederaan dialami Dr Mahathir kerana faktor usianya yang mencapai 100 tahun.

Sebaliknya, Dr Mahathir menjalani proses pemulihan biasa bagi memastikan beliau sembuh secara berperingkat dengan selamat.

Untuk rekod, mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu sebelum ini pernah dirawat di IJN pada 13 Julai 2025 kerana keletihan selepas menyertai satu program berbasikal di Putrajaya, namun dibenarkan pulang pada hari sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg