Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan menteri Pulau Pinang didakwa salah guna dana lebih RM850,000

May 14, 2025 | 1:43 PM
kes rasuah, M’sia, Mantan menteri Pulau Pinang 
Mantan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Encik P Ramasamy. - Foto FREE MALAYSIA TODAY

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Encik P Ramasamy, mengaku tidak bersalah terhadap 17 tuduhan berkaitan salah guna kuasa melibatkan sejumlah dana keseluruhan bernilai RM859,131 ($259,154).

Beliau dituduh menggunakan dana berkenaan ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP) sebagai pengerusi dari 2019 hingga Februari 2022, tanpa mendapat kelulusan rasmi pertubuhan berkenaan.

Encik Ramasamy membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, Pulau Pinang, pada 14 Mei, lapor portal berita, Free Malaysia Today.

Bekas Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang berusia 76 tahun itu berdepan 13 tuduhan membabitkan pembelian pedati bersalut emas bernilai RM779,131.

Empat lagi tuduhan membabitkan dua kelulusan bantuan pendidikan dan dua kelulusan bantuan perubatan LWHPP bernilai lebih RM77,000.

Sementara itu dalam kes berasingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai dua institusi perbankan di Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat pengubahan wang haram serta rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta.

Mereka yang ditahan membabitkan pengurus perniagaan, ketua jabatan dan pengurus cawangan.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga suspek disyaki secara bersama memiliki, mengubah, memindah dan menggunakan wang hasil bayaran rasuah yang diterima daripada tiga syarikat sekitar 2024.

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, salah seorang suspek berjawatan ketua jabatan itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah lebih RM170,000 daripada tiga syarikat yang membuat lima permohonan pinjaman keseluruhannya berjumlah lebih RM21 juta.

“Wang rasuah ini sebagai balasan kerana memproses dan meluluskan pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh syarikat berkenaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Sumber berkata menyusuli itu, ketiga-tiga suspek ditahan sekitar 4 hingga 5 petang pada 13 Mei di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, susulan tangkapan itu juga, SPRM turut membekukan empat akaun bank milik individu berkenaan yang membabitkan nilai kira-kira RM268,000, selain menyita tiga unit peranti telekomunikasi dan sebuah komputer riba.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg