Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siasatan Sapura Energy: SPRM beku 83 akaun nilai lebih RM158.3j

May 9, 2025 | 12:55 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyiasat seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri, dan telah membekukan 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta, dalam siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyiasat seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri, dan telah membekukan 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta, dalam siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad. - Foto MALAYSIA GAZETTE

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai lebih RM500 juta ($150.8 juta).

Siasatan SPRM turut menjurus kepada unsur rasuah melibatkan beberapa pelaburan selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad yang kemudian dikenali sebagai SEB.

“Fokus siasatan adalah terhadap kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna kuasa membabitkan gaji, bonus, saham, yuran penjenamaan serta pelaksanaan private placement (pengeluaran saham baru) dari tahun 2012 hingga 2021,” menurut sumber SPRM, lapor MalaysiaGazette.

Difahamkan beberapa lokasi termasuk syarikat Sapura@Mines, Menara Permata Sapura (Sapura Holdings Sdn Bhd) serta kediaman individu terbabit di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah digeledah.

“Tan Sri terbabit telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 dan 6 Mei lalu bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan. Setakat ini, tiada lagi tangkapan yang dilakukan,” tambah sumber SPRM.

SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pemalsuan dokumen membabitkan entiti itu di bawah Kanun Keseksaan.

Susulan siasatan tersebut, sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta telah dibekukan.

Selain itu, siasatan akan turut melibatkan tindakan tatakelola terhadap pengurusan kewangan syarikat tambah.

Sebelum ini SPRM dilaporkan membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan membabitkan SEB, iaitu syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas terkemuka di Malaysia.

Menurut sumber, ia berdasarkan siasatan awal dibuka SPRM pada penghujung 2023 yang turut membabitkan tuntutan-tuntutan dibuat syarikat berkenaan.

Dua kertas siasatan itu dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan melibatkan tuntutan-tuntutan sekitar 2018, ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.

SEB mula mengalami masalah kewangan sekitar pertengahan 2010-an apabila harga minyak jatuh menyebabkan syarikat itu mula mencatatkan kerugian besar dan bebanan hutang.

Menjelang 2019, masalah kewangan syarikat semakin memburuk, sehingga ia mula mencatatkan kerugian setiap tahun.

Sebelum ini SEB memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat itu telah menerima suntikan dana berjumlah RM1.1 bilion daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) – sebuah syarikat khas di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Pelaburan ini hanya boleh digunakan untuk membayar hutang syarikat minyak dan gas itu kepada 2,000 vendor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan SEB telah melakukan rombakan besar dalam kepimpinan tertingginya sebagai salah satu syarat utama sebelum kerajaan menyalurkan RM1.1 bilion kepada syarikat yang bermasalah itu.

Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan, menegaskan suntikan dana itu bukanlah satu bentuk menyelamatkan syarikat itu serta pihak pengurusan tertingginya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg