Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat 6 sekeluarga ditemui dalam kereta di Sungai Korok, Kedah

Mereka dilaporkan hilang sejak 5 Jul selepas pulang daripada bermalam di rumah keluarga di Jitra
Jul 7, 2025 | 11:47 AM
Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak 5 Julai selepas pulang daripada bermalam di rumah keluarga di Jitra, Kedah, ditemui maut dalam kereta yang tenggelam di Sungai Korok, Jitra, Kedah, pada pagi 7 Julai.
Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak 5 Julai selepas pulang daripada bermalam di rumah keluarga di Jitra, Kedah, ditemui maut dalam kereta yang tenggelam di Sungai Korok, Jitra, Kedah, pada pagi 7 Julai. - Foto ihsan NUR ADLIAH SHUHADA

JITRA (Kedah): Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak 5 Julai selepas pulang daripada bermalam di rumah keluarga mereka di Jitra, Kedah, ditemukan maut dalam kereta Proton Saga Iswara, yang mereka naiki dan tenggelam dalam Sungai Korok, dekat Jitra, pada pagi 7 Julai.

Mereka yang maut ialah Allahyarham Mohd Azim Ezzat Ishak, 32 tahun; bersama isterinya, Allahyarhamha Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31 tahun, dan empat anak mereka berusia antara enam bulan dengan sembilan tahun.

Semua mangsa ditemui selepas sebuah kereta ditemukan tenggelam di Sungai Korok, dengan hanya menampakkan bahagian bumbung pada 7 Julai, sebelum pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian untuk tindakan lanjut.

Terdahulu Cik Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an tahun, berkata abangnya, Allahyarham Mohd Azim Ezzat, bersama isteri dan empat anaknya dari Jerlun, Kedah, telah datang bermalam di rumah beliau, pada 5 Julai.

Menurutnya keluarga itu memang selalu bermalam di rumah beliau dan lazimnya akan pulang pada awal pagi sebelum Allahyarham Mohd Azim Ezzat yang bertugas sebagai pengawal keselamatan masuk kerja.

Namun, pada 6 Julai, Cik Nur Adliah berkata enam beranak itu didapati tiada di rumahnya kira-kira 5.30 pagi dan disangka mereka sudah pulang ke Jerlun tempat abangnya dan keluarga menginap bersama mentua.

“Abang ada lima anak tetapi kali ini, anak sulung perempuan berusia 12 tahun tidak ikut datang dan tinggal di rumah neneknya di Jerlun.

“Malam kelmarin (5 Julai), kami bersembang macam biasa saja. Abang dan kakak ipar tidak pernah bercerita pula sama ada mereka ada masalah atau tidak.

“Pada mulanya, saya sangka mereka sudah balik ke Jerlun, tetapi ibu mentua abang menelefon saya memberitahu mereka tidak sampai menyebabkan saya bimbang akan keselamatan mereka,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Cik Nur Adliah berkata ada orang menghubunginya dan beritahu terdapat sebuah kereta Proton Saga versi lama ditemui dalam Sungai Korok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg