Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Menu unik, eksotik jadi rebutan di bazar di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Menu unik, eksotik jadi rebutan di bazar di M’sia

Mar 18, 2024 | 03:33 PM



KUALA LUMPUR: Kerabu belangkas, ‘Arnab Terbang Terbakar’ dan air balang berwarna warni adalah antara menu unik dan eksotik untuk berbuka puasa yang boleh didapati di beberapa bazar di Malaysia pada Ramadan 2024 ini.


Di Shah Alam, Selangor, menu eksotik belangkas yang jarang ditemui adalah antara hidangan yang sering dinanti-nantikan oleh penggemar makanan laut terutama penduduk di sekitar Lembah Klang.

Penjual kerang bakar dan belangkas, Cik Ainol Adilah Abdul Rahman, 38 tahun, berkata sebelum ini hidangan berasaskan belangkas tidak diminati kerana terdapat bahagian beracun pada haiwan marin itu yang boleh membawa maut, namun kini semakin digemari.

“Kebetulan pula saya ada produk sos cili, jadi saya mula hasilkan kerabu belangkas. Sudah hampir empat tahun pengunjung bazar Seksyen 13, Shah Alam, akan singgah di gerai kami untuk membeli sajian istimewa ini,” katanya lapor Sinar Harian.


Menurutnya, harga ditawarkan untuk kerabu belangkas bersaiz kecil ialah RM15 ($4.26), manakala saiz besar pula RM35 untuk satu bekas.

Di Ipoh, Perak, pula Encik Sharul Shanizam Abd Rahman, 33 tahun, tidak menyangka usahanya menjual hidangan berasaskan ternakan arnab dengan menamakan menunya ‘Arnab Terbang Terbakar’ di bazar Stadium Perak, mendapat sambutan hangat.

“Alhamdulillah, permintaan cukup menggalakkan. Pada 2023, kami berjaya jual sebanyak 10,000 ekor arnab bakar di bazar ini dan insya-Allah rezeki tahun ini bertambah lagi,” katanya lapor Astro Awani.


Beliau berkata pelanggannya juga bukan hanya dalam kalangan orang Melayu, malah ramai juga kaum Cina yang datang membeli dan beliau perlu menyediakan sekurang-kurangnya 200 ekor arnab setiap hari.

“Harga ditawarkan bermula dari RM15 hingga RM65 bergantung kepada saiz atau bahagian. Untuk RM15 kita jual suku bahagian, RM35 untuk separuh bahagian dan RM65 untuk seekor,” katanya sambil menambah bahawa setiap hidangan turut disertakan air asam atau sos lada hitam sebagai pencecah, manakala nasi kukus diberikan percuma.

Di Nilai, Negeri Sembilan, usaha Encik Kamarul Azizie Abdul Rahim, 51 tahun, berniaga air balang pelbagai perisa pada Ramadan membolehkannya menjana hasil jualan sehingga RM10,000 sehari.

Meskipun mungkin ada sesetengah orang yang memandang perniagaannya itu sebelah mata, Encik Kamarul berbangga kerana beroleh pendapatan selesa dan mampu menyediakan peluang pekerjaan buat 12 pekerjanya setiap kali Ramadan.

“Kita ada pelbagai jenis air yang dijual dengan harga bermula RM5 sehingga RM8 dan alhamdulillah, pada 2023, saya mampu meraih hasil jualan berbelas ribu sehari,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >