Muhyiddin tutup pintu kerjasama dengan Hamzah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin tutup pintu kerjasama dengan Hamzah

Mar 4, 2026 | 1:50 PM

Muhyiddin tutup pintu kerjasama dengan Hamzah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Timbalan Presidennya yang dipecat pada 13 Februari lalu, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri).
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Timbalan Presidennya yang dipecat pada 13 Februari lalu, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri). - Foto fail

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mantan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam tempoh terdekat ini kerana beliau sudah tidak mempercayai ahli politik itu.

Mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh (Johor) itu berkata beliau sendiri akan menolak jika Datuk Hamzah bersama parti baru mahu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Keputusan penerimaan keahlian PN memerlukan persetujuan parti komponen.

“Saya tidak berapa yakin perkara itu boleh berlaku (kemasukan parti Datuk Hamzah ke dalam PN). Kalau dia hendak cari haluan, hala tuju, itu hal dialah. Bukan hak saya untuk mengatakan ya, di sini sana.

“Saya tidak mahu campur tangan. Tapi kalau dia nak masuk PN, saya akan jawab tidak boleh sebab ‘once bitten twice shy‘ (sekali dikhianati kena berwaspada).

“Orang yang sudah buat bergitu, hang nak masuk balik? PN ada empat keahlian parti yang akan mempertimbangkan boleh atau tidak.

“Tetapi ikut pandangan peribadi saya, kalau dalam tempoh setahun dua, tidak nampak ia ok. Minta maaflah, kita ini manusia. Tidak semudah itu,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada 3 Mac, media Malaysia melaporkan Datuk Hamzah yang kini masih memegang jawatan Ketua Pembangkang dilaporkan akan memimpin Parti Keluarga Malaysia, susulan pemecatannya dalam Bersatu, pada 13 Februari lalu.

Timbul persoalan kemungkinan ‘rumah baru’ Datuk Hamzah itu akan menyertai PN menyusuli hubungan baiknya dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ketika ditanya sama ada beliau ada meminta penjelasan secara bersemuka dengan Datuk Hamzah sebelum ini berhubung tindakan ‘pengkhianatan’ terbabit, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan ia dinafikan bekas Menteri Dalam Negeri berkenaan.

“Kalau saya tanya Hamzah, Hamzah kata ‘No sir, I am always your supporter. Number one supporter.’ (Tidak tuan, saya penyokong nombor satu anda). Tapi bila awak cakap begitu (tindakan dibuat Datuk Hamzah), saya sudah tidak percaya lagi nama itu. Minta maaf.

“Apabila anda hilang keyakinan dengan seseorang seperti itu kerana ia tidak berlaku jujur ...ia adalah perkara besar. Saya perlu lindungi parti saya. Takkan boleh biarkan orang rosakkan parti saya,” katanya.

Ketika ditanya berhubung sama ada tindakan akan dibuat terhadap mana-mana pemimpin Bersatu yang dilihat menyokong Datuk Hamzah, Tan Sri Muhyiddin berkata tindakan disiplin adalah tugas berterusan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg